Feeds:
Posts
Comments

100_0284

“Sijil Graduasi anda akan siap selepas dua bulan…” kata Encik Universiti.

Agak- agak aku rindu tak..?

Susunan Kehidupan

27  Jamadilakhir 1430

Aku membaca soalan pertama…

“Berikan takrif Ijtihad dari segi Istilah…”

Aku melirik pula ke soalan kedua…

“Apakah dalil yang menyokong pendapat yang mengatakan ‘Qaul Sahabat’ itu hujjah? Bentangkan perbezaan pendapat ulama’ tentang masalah ini..?”

Kemudian soalan ketiga… Ada enam soalan semuanya.

Tinta biruku berjalan lancar… tenang…

Seolah- oleh aku seorang sahaja yang berada di dewan peperiksaan ketika itu.

“Terima Kasih Dr. Mohd Ali Ibrahim.”

Kertas jawapan kuserahkan. Kami sama- sama tersenyum.

“Aku datang dari rumah semata- mata untuk kamu..”

Aku tersipu- sipu.

*****

24 Jamadilakhir 1430

Aku menggenggam kemas nota- nota ku…

Membuat rujukan akhir sepintas lalu. Sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

Aku melangkah ke dewan peperiksaan.

Kosong…

“Apa?! Mana pergi semua orang..? Tak nak periksa ke..?”

Aku memeriksa tempat peperiksaan sekali lagi. Betul. Bangunan Qaf. Bilik 204.

Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Tepat. Aku seorang berada di dewan peperiksaan. Pelajar lain masih belum datang.

Aku gelisah. Tak sedap duduk. Peluh jantan mula memercik di liang peluh di segenap badan.

Aku bangun. Mundar- mandir. Keluar masuk kelas. Seorang pun takde.

Tanganku mula menggeletar. Aku sudah mula membuat andaian yang bukan- bukan.

“Aku silap… Tak mungkin.. Tak mungkin..” hati kecilku berbisik.

*****

24 Jamadilakhir 1430

7:45 pagi.

“Yub.. hari ni berapa haribulan islam?”

“Emm.. tak tau aa… 24 kot.. Cuba enta bukak berita harian online.. ada tulis..”

“Huh… nasib baik hari ni 23 haribulan… enta buat takut ana jer.. tak balik lagi kang…”

*****

24 Jamadiakhir 1430

12:01 tengahari.

“Amacam periksa kim..? Okey..? Boleh jawab..?” pelajar paling mesra prihatin.

“Okey jer…”

9:30 malam

Satu majlis diadakan sempena meraikan kepulangan dua orang ahli usrah mekah yang merupakan ‘bekas’ pelajar Universiti UmmulQura.

Aku tersenyum.

Ucapan diberikan. Agak hambar. Senyumku kepuraan.

“Naper monyok semacam jer.. kata dah habis periksa…?” Abg Azam meneliti raut wajahku.

“Ada Qiamullail esok.. kene prepare buku panduan..” Aku beralasan.

*****

24 Jamadilakhir 1430

“Hello… enta ada nombor henset Dr. Mohd Ali Ibrahim tak..?”

“Hmm.. Sekarang ana takde, tapi ana boleh tolong carikan untuk enta.. Kita jumpa kat Masjid lepas zohor yer..”

“Macam mana enta boleh silap tarikh… Hari tu dalam kelas, Syeikh ada panggil nama enta. Ana ingat enta dah periksa dengan kelas lain..”

Abdul Wahab Somali berleter.

Aku senyap.

“Nah.. amik nombor ni. Harap- harap Syeikh dapat buat kertas ulangan untuk enta..”

“InsyaAllah…” Sahutku. Sayu.

*****

25 Jamadilakhir 1430

“Assalamu’alaikum Syeikh.. Saya Abd AlRahman AlHakim dari Malaysia…. Saya nak mintak maaf… Sssa…”

“Yer.. Aku kenal kamu… Kenapa kamu tak datang periksa..?”

Gullp.. Aku menelan air liur.

“Hari Sabtu nanti datang pejabat aku. Kita exam pukul 10 pagi… Boleh..?”

“Boleh..” Sahutku. Sepantas kilat.

Aku sujud syukur.

*****

Pandai- pandailah korang susun cerita di atas agar tersusun menjadi satu pengalaman dalam susunan kehidupan yang telah Allah susun buat hambaNya.

Maaf kepada sahabat- sahabat. Aku berhelah selama dua tiga hari ni.. hehee.. Sowwii… (^_^)

yang benar,

Hakim.

Selesai…

Alhamdulillah…

Selesai..??

Harap- harap begitulah.

DSC00606

rindu seorang ayah anak

Detik- detik

8:25am

Kurang dari 2 jam.

Aku akan menduduki peperiksaan finalku..

Yer.. final… Aku maksudkan.. final…

Terakhir…

6 tahun. Telalu singkat. Sekelip mata.

Kurang dari 2 jam. Aku akan menamatkan pengajian di Bumi penuh sejarah. Tanah tumpah kelahiran Junjungan Agung Nabi kita Nabi Muhammad (peace be upon him).

Tak terkata.

Kata seorang rakan : “Menamatkan pengajian B.A seolah telah selesai tanggungjawab seorang anak malaysia, seperti telah sempurna rukun dan fardhu hidup. Master dan Phd pula sebagai amalan tambahan. Habis tinggi pun sunat muakkad..”

Haha… Hanya mampu tergelak.

Perasaan ini hanya datang sekali seumur hidup. Saat menunggu tamatnya pengajian yang diharungi hampir enam tahun ini.

Susah- payah.

Penat- lelah.

Jerih- peluh.

Usaha- masa.

Hampir selesai.

Mama Baba…. Doakan adik di sini…

Ummi Ayah… Restui perjuanganku di sini…

Isteri Anak… Ketabahanmu Kekuatanku…

Abang dan Adik… Semangat kalian Ikutanku…

Sanak Saudara… Dorongan kalian hidupku…

Sahabat dan Rakan… Jasa kalian di hatiku…

TERIMA KASIH SEMUA.

HakemmekaH

Anda Kenal Lagi..?

11062009103

Amacam…? Takde orang nak teka..?

Mereka adalah : Pakcik Ya’kob dan isteri. Ayah kepada fairuzzaman, naim, ayub….

Anda Kenal?

04062009096

Huh… anda kenal ini orang..?

Ini bukan runcit- runcit punya orang.. Nasib baik saya suruh dia pakai spek mata… Anda nak kene tenung dengan dia..?

Beliau adalah : YM Tuan Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi Al Qadahi.

Anak kepada Allahyarham Ustaz Haji Hanafi Hj Ahmad. Pengasas Silat Cekak Hanafi Malaysia.

..KETIKA..

Ketika…

Hening pagi yang bernafas…

Menghirup aroma iman…

Memetik kuntuman rindu…

Menyelam ke dasar rohani…

.

Lalu…

Kau lamar mawar merah…

Taman syurga penuh indah…

Titisan sejuta barakah…

Rahmat terpayung sudah…

.

Tika…

Gemersik irama bahagia…

Jiwa hanyut rentaknya…

Halus mengetuk hati…

Lembut mengurai kata…

.

Tapi…

Ada yang tak mengerti…

Nikmat bukan seperti…

Dosa memakan hati…

Mata buaian mimpi…

.

Lantas…

Tangan mengikat janji…

Kaabah menjadi saksi…

Ukhuwwah terpaut rapi…

Membara di tanah suci…

.

Hidupku…

Matiku…

Ibadahku…

Hanya untukMu.

.

::Hakem::mekaH::

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.