Feeds:
Posts
Comments

Archive for November, 2008

>Ziarah<

Tepat jam 6:06 minit pagi, aku menguak pintu rumahku, langsung angin sepoi- sepoi bahasa menyapa lembut kulit mukaku. Angin sejuk! keluh hatiku. Menandakan musim sejuk akan bertandang di bumi suci ini tak lama lagi. Aku sedikit menguap. Teringat perbualan telefon dengan ustaz Abd Rahman Hamzah malam semalam.

“kim, enta nak bawak ziarah tak esok?”

“hudaibiyah ke mey…? ke tempat biasa..? kalau hudaibiyah ana berminat jugak…” selamba aku menjawab.

“tak… tempat biasa.. pegi la, dapat 100 riyal, kalau nak kamera ana ada kat umah ni ha..” ustaz Abd Rahman Hamzah meng’offer’, sedikit memancing.

“okeyla.. boleyla..” aku termakan umpan ustaz Abd Rahman Hamzah.

Kerana itu, pagi ini terpaksa aku korbankan masaku walaupun aku sudah berjanji dengan bantalku semalam untuk menemaninya sehingga hampir masuk waktu zohor hari ini. aku melangkah perlahan. fikiranku kosong. Aku sememangnya tidak ada kelas pagi ini, kerana aku tinggal tiga subjek sahaja lagi untuk fasa ini. Jadi, aku mempunyai banyak masa yang terluang pada waktu pagi. Mengisinya dengan membawa ziarah sememangnya satu perkara yang berfaedah.

Dalam perjalanan ke hotel yang telah ditetapkan, aku mengumpul segala maklumat dalam otakku. Fikiranku ligat memikirkan apakah yang akan aku sampaikan kepada jemaah pada pagi ini. kadang- kadang mulutku terkumat- kamit dan tanganku mempergayakan beberapa gayaan lagak seperti aku bercakap di hadapan para jemaah di dalam bas. Ini menjadikan orang di sebelahku asik memandang wajahku berkali- kali.”tak betul agak nya mamat indon ni” mungkin itu bisik hatinya.

Bas bertolak agak sedikit lewat jam 7:30 pagi walaupun di jadualkan program ‘ziarah mekah’ akan bermula seawal 7 pagi. Aku menunggu dengan sabar. mujurlah secara tidak sengaja terjumpa dengan bekas pelajar ummul qura dari thailand. Abbas Sunni. Kami berbual ringkas. Masalah belajar, sambung belajar, rumahtangga dan lain- lain.

Destinasi pertama kami ke Bukit Thaur. Aku agak bersemangat menceritakan sejarah yang berkaitan dengan bukit ini. Kemudian kami ke Arafah, Muzdalifah, Mina dan seterusnya ke tempat miqat yang terletak kira- kira 20 kilometer dari masjidilharam yang dinamakan Ja’ranah.

Setelah para jemaah bersiap dengan pakaian ihram mereka, kami pulang semula ke hotel dan aku terus pulang ke rumah.

Ada perasaan puas di hati ini.

Advertisements

Read Full Post »

~mulakan dengan Al- Quran~

Aku memuji nama tuhanku kerna dia yang selayaknya mendapat pujian. aku berselawat ke atas Nabiku kerna Allah dan para Malaikat sentiasa berselawat ke atas baginda.

Aku bersyukur kerna dihidupkan sebagai seorang muslim, dan aku sentiasa mengharap Allah mengangkat darjatku menjadi seorang mu’min sejati seterusnya seorang muhsin. sehingga aku hidup di dunia dengan merasakan Allah sentiasa mendampingi aku  pada setiap detik dan ketika dan bersamaku dalam apa jua perkara yang ku lakukan.

‘Mulakan dengan Al- Quran’, ya… Al- Quran pencetus segala. Ia mengubah fikiranku, percakapanku, tindakanku, hidupku, matlamatku dan segala- segala. Ia agen pengubah yang sangat dasyat. aku tidak pernah menjadi ‘manusia’ sehinggalah Al- Quran menyedarkan aku tentang siapa diriku. dan Al- Quran juga akan mengubahmu sepertimana ia mengubah ribuan malah jutaan insan di dunia ini.

segalanya bermula tatkala aku dianugerahkan nikmat yang sangat besar dengan berjaya menghafaz kitab suci ini dalam tempoh yang agak singkat. alhamdulillah. dan aku seolah- olah dilahirkan semula, dilahirkan menjadi manusia sekali lagi, tetapi kali ini aku menjadi manusia yang ada tanggungjawab, ada peranan, ada matlamat, aku baru merasakan kewujudanku di muka bumi. terima kasih tuhan.

kini, aku merasakan setiap insan di ada di muka bumi perlu merasakan hakikat ini…

aku mengajak setiap orang kembali bermuhasabah hubungan mereka dengan Al- Quran.

berapa lama kita peruntukkan dalam sehari untuk kitab suci ini? membacanya? meneliti maknanya? mentadabbur ayat- ayatnya? mengamalkan ajarannya? atau kita terlalu jauh dengan Al- Quran? hanya membukanya ketika di kelas Al- Quran, majlis- majlis agama dan hatta waktu kita kesepian dan kesedihan sekalipun, Al- Quran bukanlah pendamping kita tetapi muzik- muzik yang syubhah dan lagha menjadi halwa telinga kita. na’uzubillah.

وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحاً مِّنْ أَمْرِنَا [As- Shura : 52]

bermaksud : dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) ‘ruh’ (Al- Quran) dengan perintah kami.

dalam ayat ini, Allah telah menyifatkan Al- Quran itu sebagai ‘ruh’…

maka, ia seperti kita, ia ada ruh, ia hidup, malah tidak keterlaluan sekiranya aku mengatakan ianya berperasaan…

apakah perasaan kita sekiranya ditinggal selama seminggu tanpa ada sesiapa yang bertanyakan khabar kepada kita?

apa perasaan kita sekiranya ada seseorang yang memanggil nama kita bukan dengan panggilan yang kita redhoi… (contohnya : sekiranya nama kita falahuddin dan kita redho dengan panggilan falah, tetapi ada orang yang memanggil kita dengan panggilan ‘din kl’ dan panggilan itu tidak kita sukai) apa perasaan kita?

begitu jualah Al- Quran… sekiranya kita meninggalkan ia selama sehari, ia akan meninggalkan kita selama seminggu, sekiranya kita menjauhkan diri dengannya selama seminggu, nescaya Ia akan meninggalkan kita selama sebulan… hinggalah seterusnya, dan pada hari kiamat nanti, Ia tidak akan memberikan syafaat kepada kita… Na’uzubillah.

begitu jua sekiranya kita membaca Al- Quran dengan sambil lewa… mengambil enteng permasalahan tajwid dan perkara- perkara yang berkaitan dalam memperelokkan bacaan, samalah seperti permasalahan falahuddin tadi, Ia akan marah dan bacaan Al- Quran tadi tidak lagi menjadi penenang jiwa, malah bebanan.

tetapi, sekiranya Al- Quran didampingi, dielokkan bacaanya, dihormati, disayangi… lihatlah bagaimana ia akan sentiasa bermain di bibir, senang utk dibaca, dihafaz, mudah mengerti makna yang tersurat dan tersirat, mudah utk mengamalkannya seterusnya menjadi syafaat di hari kiamat kelak… Allahumma Amin.

tulisan ini berakhir dengan harapan Al- Quran menjadi hujjah buat kita dan bukan hujjah ke atas kita.

-mujahid001, makkah al- mukarramah-

Read Full Post »

Hanya Aku yg Mengerti

bait- bait indah mengukir hari…

mutiara suci tatahan peribadi…

keasyikkan…

kerinduan…

adakah sirna?

hanya aku yang mengerti…

Di kala kabus menyelimuti…

panahan takdir mengorak pasti…

aku yang sendiri…

bagaikan pungguk rindukan mentari…

membatu di dahan seni…

hanya kurnian ciptaan Ilahi…

hanya aku yang mengerti…

tadahan jari jemari kerdil…

tersirat seribu keyakinan…

di celahan kebobrokan dan kezaliman…

Dia tahu rintihan sudut hati…

pasti mengerti tulisan lisan…

gugur bersamanya manik- manik kaca…

yg sering kuharapkan bertukar permata…

hanya aku yang mengerti…

lagu merdu gemersik alunan…

berterbangan.. lagu pergi…

betapa kekesalan…

tidak bernaung di bawah- Nya…

kerna retorika memimpin fana…

bersaing bersamanya seribu tipu daya…

hanya aku yang mengerti…

satu persatu susunan kehidupan…

kadangkala gah dek percaturan…

hanyut dibuai kedegilan akal…

sekadar membutuhkan satu kesilapan…

bagai kau tatap suratan semalam…

atau kau bermuka dengan wajah esok…

hanya aku yang mengerti…

sekiranya benar engkau memahami…

terserlah…

di jiwamu ada sekelumit cinta…

di dadamu berombak sejuta kerinduan…

kerana setiap insan…

diwujudkan kepada insan…

di bawah lembayung jua bayangan…

agung menyelimuti warna perjalanan…

agar bersemadi di negeri impian…

hanya aku yang mengerti…

oh Tuhan…

daku mengharapkan satu pandangan…

ihsan…

belaian…

daku memohon Engkau mencampakkan…

islam…

iman…

amal…

menerangi dengannya satu perjuangan…

tetap padanya dengan bantuan…

dijauhkan daripada pandangan kemarahan…

hanya aku yang mengerti…

hanya aku yang mengerti…

::hakim, jeddah, lima lima puluh dua minit pagi, jumaat,

lapan belas Ramadhan, empat belas dua puluh enam Hijrah::

Read Full Post »