Feeds:
Posts
Comments

Archive for December, 2008

::Ayah, Ibu::

(I)

1983…

 

“aduh.. sakit ni.. nak keluar dah ni..” keluh mama.

 

BCA 707 terus memecut laju memecah keheningan malam itu. Waktu semakin kritikal. Perjalanan ke Hospital Klang mengambil masa kira- kira setengah jam. Baba mengesat peluh di dahinya. Wajahnya sedikit berkerut. Mulutnya terkumat- kamit tanpa henti. Terpancar riak resah dan cemas di wajahnya yang bersih itu. Hatinya bertawakkal.

 

Sampai di hospital, mama segera dibawa ke wad bersalin. Kadang- kadang mama mengerang panjang menahan sakit. Mengundang pilu setiap yang mendengarnya. Baba di tahan di luar wad bersalin, sementara mama terus dibawa dengan pengusung ke dalam wad bersalin. Kedua tangan mama memengang perutnya. Sesekali mama mengaduh. Nafas mama semakin tak menentu.

 

Baba duduk di kerusi panjang. Baba mengeluarkan Al- Quran kecil dalam poketnya. Baba buka surah yusuff. Perlahan- lahan baba baca dengan nafas yang tersekat- sekat. Memang baba tak dapat tumpukan perhatian pada bacannya kali ini. Baba bangun, mundar- mandir di kawasan itu. Hatinya tak putus- putus berdoa agar Allah menjauhkan mama dari sebarang perkara yang tidak diingini. Terngiang- ngiang kata doktor sebentar tadi :

 

“saiz bayi agak besar, kemungkinan perlu kepada pembedahan”

 

Baba menelan air liurnya. Matanya rapat dipejamkan. Baba seakan memujuk dirinya sendiri. Sesekali baba mengintai dari cermin luar wad bersalin. Walaupun baba tidak mampu melihat apa- apa.

 

Tiba- tiba, pintu dari wad bersalin terkuak. Entah dari mana, baba terus tercegat di hadapan pintu. “macam mana isteri saya doktor?” badan baba sedikit membongkok. Doktor bertudung litup itu hanya tersenyum.

 

Kemudian, mama dibawa keluar dari wad bersalin dengan pengusung. Baba merenung kearah mama, pelbagai persoalan menerjah ruang fikirannya. Mana bayinya? Apa yang berlaku? Dah selesai bersalin ke? Kenapa macam takde apa- apa je?

 

Mama hanya tersenyum melihat baba, seolah- olah dapat membaca apa yang berligar di kepala baba. Hampir dengan baba, mama berbisik :

 

“anak kita pandai berlakon, dia buat- buat nak keluar, pastu masuk balik,” mama senyum lagi.

 

Nissan Stanza BCA 707 sekali lagi membelah gelap malam menuju ke Shah Alam. Baba tenang memandu. Senyumannya tawar.

 

 

(Bersambung…)

Advertisements

Read Full Post »