Feeds:
Posts
Comments

Archive for January, 2009

Explaining war in Gaza to children

6a00d8341c00c753ef010536e28874970c-800wi

By Nury Vittachi

.

* Chapter one

Once upon a time, there was a family called Pal.

They lived in a property which was hot and dusty, but they liked it, and had lived there for more than 2,000 years.

Then one day, they had some visitors. “We are the Izzy family,” said the head of the new arrivals. “And we’re moving in.”

“What?” said the Pal family. “You can’t do that.”

“Yes, we can,” said Mr Izzy. “THEY said we could.” The newcomers pointed to some heavily armed “minders” who were accompanying them. Their names were Usa and Uk.

“Hi,” said the biggest one. “I am here to tell you that Izzy and his family have suffered terrible trauma. They need a new home.”

“I sympathize,” said Mr Pal. “But this is our home, and it’s very small. Why don’t you give them space in your homes?”

“They want to live here, because their ancestors lived here,” said Usa.

“But that’s not fair,” the Pal family objected. There was an impasse. The wider community was called to adjudicate.

.

* Chapter two

The Izzy family said the issue could be boiled down to one simple question: “The Izzy family has a right to exist, yes or no?”

The giant Usa agreed enthusiastically: “Yes, we declare that the Izzy family definitely has the right to exist.”

“Hang on,” said a member of the Pal family. “The issue is not whether the Izzy family has a right to exist. It’s whether they have the right to exist ON OUR PROPERTY.”

Usa looked deeply shocked. “Outrageous! You’re saying the Izzy family do not have the right to exist, so that automatically makes you a group of genocidal terrorists. Now you’re in trouble.”

The Pal family members were at a loss about what to do. They realized that they needed a powerful friend, too.

They took the matter to court. The chief judge was a man named Yuen, sometimes spelt UN. Yuen talked to many members of the community, including Ms Asia, Mr France and so on. They all agreed the situation was fundamentally unfair. Judge Yuen passed several edicts to make the situation fairer.

But the Izzy family ignored these edicts, and were fully supported by Usa.

.

* Chapter three

The Izzy family got bigger and stronger and tougher and richer. The Pal family got poorer and poorer.

Years of unfairness and abuse resulted in the inevitable. One desperate, tormented member of the Pal family, a man named Hamas, couldn’t take it any more. He went off the rails and started to fight back.

In retaliation, the Izzy family unleashed a massive wave of violence.

“Please stop,” said the Pal family, after 900 members of their family had been killed. Judge Yuen and most members of the international community called for the invasion to stop. But the most powerful member, Usa, told the Izzy family to continue the slaughter, explaining that the horrible injuries to the Pal family were all their own fault.

“The Izzy family has a right to exist,” Usa said. “And it has the right to defend itself.” And they all lived miserably ever after.

.

* Epilogue

It’s a sad story, isn’t it? There’s just one way this tale can have a different ending. The new US administration needs to remember the words of Abraham Lincoln, forgotten by the old US administration: “There’s only way to destroy your enemy: make him your friend.”

source : http://mrjam.typepad.com

Advertisements

Read Full Post »

.:. Hayy bin Yaqzon .:.

Diceritakan suatu kisah…

Ada seorang bayi yang ditinggalkan di sebuah pulau terpencil di suatu tempat yang tidak diketahui namanya.

Uniknya bayi ini dibesarkan tanpa jagaan manusia, malah ia membesar dalam lingkungan binatang yang menghuni pulau tersebut.

Masa dan hari yang menghitung menyaksikan bayi ini membesar dan dewasalah ia. Lalu diberi namanya ‘Si Polan’ (bukan nama sebenar).

Adapun kehidupan Si Polan tidak jauh bezanya dari kehidupan binatang di situ. Kecuali dia seorang manusia yang Allah kurniakan akal baginya untuk berfikir dan bertaakul. Justeru, selain menjalankan aktiviti harian dalam hidupnya, dia sering menghabiskan waktu senggangnya berfikir akan kejadian langit dan bumi serta kejadian dirinya sendiri.

Sehingga pada suatu hari, Si Polan membuat kesimpulan hasil zikir dan fikirnya bahawa ada di luar sana satu kuasa yang Maha Agung, Maha Hebat. Maha Pencipta, Maha Pentadbir. Maha Kuat, Maha Dasyat dan segala macam Maha lagi.

Ini menjadikan setiap kali Si Polan berfikir akan ‘Kuasa’ itu, lantas Si Polan lalu ruku’ dan sujud, merendah diri terhadap ‘Kuasa’ itu. Seraya berkata pada dirinya sendiri,

“aku dijadikan olehNya,”.

Benar… tidak ada sesiapa yang mengajarnya akan perbuatan ruku’ dan sujud itu, tidak ada seorang pun yang membicarakan kepadanya akan adanya Tuhan yang menjadikan, melainkan satu tindakan fitrah semulajadi seorang manusia dalam kembara mencari Tuhannya.

Pada suatu hari…

Seorang pemuda dari sebuah Bandar besar* telah datang ke pulau tersebut. Pemuda itu bernama Hayy bin Yaqzon (sekirannya diterjemah : Si Hidup anaknya Si Sedar). Dan ditakdirkan bertemulah dua pasang mata diantara Si Hidup anaknya Si Sedar ini dengan Si Polan.

Maka satu sessi suai- kenal telah berlaku, dek kerana bahasa yang menjadi penghalang hubungan antara mereka, maka sessi ta’aruf di antara mereka agak hambar.

Namun Si Pemuda anaknya Si Sedar ini (Hayy bin Yaqzon) tidak berputus asa untuk mendalami perasaan dan jiwa Si Polan. Maka setiap hari dia memerhatikan kehidupan Si Polan termasuklah perbuatan Si Polan ruku’ dan sujud pada tatkala terkenangkan akan ‘Kuasa’ itu.

Usaha Hayy bin Yaqzon akhirnya membuahkan hasil. Si Polan berjaya diajak oleh Hayy bin Yaqzon untuk pergi melihat dunianya di Bandar Besar* sana. Masalah bahasa bukan lagi menjadi penghalang antara mereka.

Setibanya di Bandar Besar*, Si Polan mengalami culture shock. Masakan tidak, ini kali pertama dia melihat dunia luar. Si Polan yang hanya menggunakan bulu- bulu angsa untuk menutup bahagian sulitnya di pandang aneh oleh mereka yang berada di Bandar Besar* itu.

Perkara pertama yang menjadi tarikan Si Polan ialah ketika mana masuknya waktu solat, berpusu- pusu manusia bertandang ke masjid lalu mendirikan solat.

« ini perbuatan yang sering ku lakukan ». Bisik hati Si Polan.

Lalu beliau bertanya kepada Hayy bin Yaqzon apakah yang sedang manusia lakukan ? maka Hayy bin Yaqzon menjawab ia adalah perbuatan solat yang diperintahkan di dalam Islam.

Lantas Si Polan menyanggah : « Sesungguhnya apa yang mereka lakukan hanyalah satu adat dalam agama yang mereka sendiri tidak pernah tahu nilai ruku’ dan sujud itu, tetapi pada setiap kali ruku’ dan sujudku terlalu bererti buatku lantaran tunduk pada penciptaku. Demi Tuhan tidak sama nilai ruku’ dan sujud mereka dengan nilai ruku’ dan sujudku ».

Terkesima Hayy bin Yaqzon mendengar ucapan itu lalu bergenang air mata di kelopak matanya yang mula ‘hidup dan sedar’ setelah sekian lama diberi nama Hidup anaknya Sedar.

Tamat.

*Bandar Besar = Andalus

Pembaca yang budiman.

Kisah ini diceritakan oleh seorang ulama’ yang terkenal pada zaman kegemilangan Andalus. Ibn Tufail namanya.

Kisah ini merupakan satu fiksyen sebenarnya yang ditulis oleh ulama’ ini sebagai satu kritikan sosial terhadap masyarakat di Andalus pada waktu itu.

Di mana nilai Ibadah seorang Muslim tidak lebih dari adat yang mendorongnya beribadah. Sedangkan falsafah dari ibadah dan kesan serta nilai ibadah itu tidak langsung di beri perhatian oleh individu muslim tersebut.

Sememangnya tidak jauh dari apa yang berlaku pada zaman kita hari ini. Setuju ?

أَلَمۡ يَأۡنِ لِلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَن تَخۡشَعَ قُلُوبُہُمۡ لِذِڪۡرِ ٱللَّهِ

Maksudnya : Belum sampaikah lagi masanya bagi orang- orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran dari Allah ??? [Al- Hadid : 57 :16]

Mari kita Muslim dari sudut Ibadah.

Read Full Post »

::Ayah, Ibu::

(II)

 

1983..

 

Suria pagi mula menampakkan diri, seakan tersenyum kepada penghuni dunia. Sinarnya juga agak hangat pagi itu, sehangat kanak- kanak yang sedang bersiap hendak menuju ke sekolah. Burung- burung berzikir mencari rezeki. Memahami kehendak sunnatullah pada alam ini.

 

Di rumah, mama tenang seperti biasa. Tiada tanda- tanda menunjukkan mama mahu bersalin. Peristiwa malam tadi seakan debu yang berterbangan di bawa angin lalu, seolah- olah tiada apa yang berlaku.

 

“ ‘false contraction’, ” desir hati mama. Mama berkira- kira, lebih seminggu dari due date yang dijangkakan.

 

    ..  وَمَا تَحۡمِلُ مِنۡ أُنثَىٰ وَلَا تَضَعُ إِلَّا بِعِلۡمِه  ..   [fussilat : 41:47]

 

Maksudnya : Dan tidak seorang wanita pun yang mengandung dan melahirkan kandungannya melainkan ianya ada dalam (keluasan) ilmu- Nya.

 

Ringan mulut mama membacakan ayat tersebut. Lemahnya manusia. Mama berbisik lagi. Hinggakan kandungan yang berada pada dirinya sendiri pun tidak diketahui secara tepat bila masanya akan keluar, masakan pula hendak mengira- ngira waktu terjadi kiamat, atau berbicara dengan keluasan Ilmu Allah subhanahuwataala. Maha Suci Allah.

 

Mama senyum sendirian.

 

Jam dinding berbunyi 10 kali. Baba meletakkan buku ‘maza ya’ni intimae fil- Islam’ karangan Ustaz Fathi Yakan. Air Nescafe panas baba hirup perlahan- lahan. Mama dah lama merebahkan diri. Peristiwa semalam masih terbayang- bayang di fikiran baba. Mungkinkah malam ini akan berulang peristiwa yang sama?.

 

Tiba- tiba…

 

Jam dinding bersuara lagi sebanyak dua kali, mama terjaga. Perut mama terasa sakit sekali, nafas mama tersekat- sekat. Cadar katil mama genggam kuat. Sesekali mama tarik birai katil, cuba menahan sakit. Kerut di dahi mama semakin jelas kelihatan. Mama cuba memanggil nama baba, suara mama lemah. Perlahan- lahan mama gerakkan badan baba. Baba terjaga, terkejut melihat keadaan mama. Katil juga sedikit basah dengan air ketuban.

“baby ni buat hal lagi,” getus hati baba.

 

Baba mencapai seluarnya yang tersangkut di belakang pintu. Baba angkat mama perlahan- lahan dan terus menuju ke kereta.

 

Di hospital, perkara yang sama berulang. Tanggapan baba tepat. Mama keluar dalam keadaan senyum. Doktor semalam juga tergelak kecil melihat baba terlopong sekali lagi.

 

“memang baby ni pandai berlakon, dia kenekan kita sekali lagi”. kali ni baba pula yang bersuara.

 

 

Deruan kereta yang memecah keheningan pagi itu dihiasi juga dengan hilai tawa mama dan baba.

 

 

 

(bersambung lagi…)

Read Full Post »

gejala update..

sebab2 kenapa dah lama tak update :

1. tanda protes terhadap kekejaman rejim zionis  yahudi di Ghazah, Palestin.

(poyo… pinjam ayat di sini)

2. hendak menulis perlulah dengan hati, dan kerana hati ini tidak ada mood utk menulis, maka tidak ter’update’lah blog ini.

(poyo jugak… pinjam ayat di sini)

3. takde internet

(hehee.. ni baru tak poyo)

4. malas

[Al- Fatihah utk ayahanda kepada Ahmad Khairuddin b Mohd Noor]

[Happy Birthday kepada mereka2 yang lahir pada bulan Januari]

Read Full Post »

Saudaraku…

Saudaraku…

Aku meninta tatkala hatiku menangis..

Aku mencoret tatkala jiwaku terhiris…

Aku melakar tatkala dadaku terguris…

.

Saudaraku…

Darahmu.. Darahku..

Nyawamu.. Nyawaku..

Tanahairmu.. Tanahairku..

Aku lemah di atas lembaran sepi..

.

Saudaraku…

Tatkala musuh rakus menghisap darahmu..

Tatkala musuh kejam merobek dada anakmu..

Tatkala musuh laknat memijak kesucianmu..

Aku hanya mampu merenung sirna..

Aku hanya mampu memerah mata..

Lantas aku benci pada diriku..

“Kau manusia lembu”

Mata ini merembes lagi..

.

Saudaraku..

Sempadan kita sejengkal cuma..

Langkah kita sepantas masa..

Tapi dek kerna lemahnya jiwa..

Pantas terbuai mainan dunia..

Hanyut di bawa hanyirnya nista..

.

Saudaraku…

Dunia memandangmu penuh curiga..

Matahari bagai kian hilang pancarnya..

Bulan kian undur mencermin cahaya..

Bintang lagak masam dari senyumnya..

Apakah telah hilang semua kata- kata..

Aku masih mencari makna..

.

Saudaraku…

Telah benar janji Tuhanmu..

Kian hampir pertolongan ditunggu..

Hanya mencari sebab terbuku..

Darah mengalir darah musuhmu..

.

Saudaraku…

Saudaramu hadir dalam mimpi indah..

Dikau di taman penuh barakah..

Syurga tertinggi sebagai hadiah..

Syahidmu agung namamu disanjung..

.

Saudaraku…

Inci tanahmu medan hatiku..

Inci jiwamu semangat azamku..

Kau Rantisi kekal hidupmu..

Kau Yasin gugat musuhmu..

.

Saudaraku…

Cemburu hatiku pada dirimu..

Palestin kau junjung dengan darahmu..

Al- Aqsa kau julang dengan nyawamu..

Aku cuma pemerhati tegar..

Darah Nyawamu mengalir kekal..

.

Saudaraku…

Tadahan tanganku ku harap sampai..

Tangan atasku ku harap kekal..

Tangan azamku ku harap capai..

Di Tangan Tuhan kita beriringan…

.

.

::hakim::

::satu lima puluh pagi, 12 Januari ’09, zahir, Makkah Al- Mukarramah::

Read Full Post »

“Apalah nak aku buat nanti lepas habis study…”.itulah ayat yang terngiang- ngiang masa menjadi student UiTM. HarapanNya suatu hari nanti diri ini dapat memegang jawatan executive dalam Information center. Memegang ijazah sarjana muda Information System Management dengan minor Record Management tentutnya tawaran bekerja di syarikat-syarikat banyak. Meletakkan diri dalam arena politik kampus sungguh mencabar, apatah lagi menyibukkan diri dengan tugas-tugas badan NGO-NGO di luar kampus, melatih diri berorganisasi dan membina kepimpinan diri yang mantap.

Sedang rancak bersama sahabat-sahabat di kampus, tiba-tiba topik kami beralih kepada soal nak kahwin. Pada mulanya seperti biasa,teman sekuliah sudah merancang nak establish bila dan bagaimana…planning demi planning seorang demi seorang bercerita. Masing-masing merancang hendak sambung master kemudian berkahwin…

Aku pula mendengar sahaja tanpa sebarang komen. Sampai giliran aku bercerita masing-masing memandang diriku…seperti tak sabar untuk mendengar apa planning aku 2-3 tahun akan datang… Begitulah akrabnya teman sekuliah aku… byk program yang mereka aturkan untuk mengeratkan lagi siraturrahim antara kami… aku pun mula bercerita tentang planning yang aku pun tak plan iaitu pertemuan dengan jodohku…mulanya memang taknak bercerita,tapi disebabkan ada seseorang kawan yang tahu rahsia aku nie…dia bocorkan terpaksalah aku mula bercerita tentang tunangku itu… selepas mendengar khabar yang aku akan berkahwin… sahabat-sahabat terkejut, bukan sebab apa..sebab sebelum nie aku memang nampak susah nak bergaul dengan lelaki. Apatah lagi nak bercerita dengan lelaki…

Sudah 2 tahun lebih berlalu,kini aku sudah memiliki usrah sakinah, dengan kehadiran cahaya mataku yang pertama ‘Aqeel Soleh membawa seribu rahmat dalam rumahtangga kami. Aqeel kini pun sudah setahun lapan bulan…masa itu terlalu cepat. Cepatnya seperti petiran kilat yang memanah langit…aku tak sangka kini aku menjadi seorang ibu juga isteri.

Hadirnya suamiku dalam hidup ini membuatkan aku girang. Apatah lagi penantianku untuk sampai ke Tanah Suci Makkah amat ditunggu-tunggu. Suamiku student universiti Ummul- Qura Makkah, dan keranaNya aku sampai jua di Tanah kelahiran Junjungan Nabi SAW. Namun ombak dan duri harus ditempuhi sebelum menjejak kaki di bumi penuh barakah.

Menunaikan rukun islam kelima amat menguja diriku.. apatah lagi dengan sarat mengandung aku menunaikan ibadah haji. Namun jauh disudut hati aku rasa amat bersyukur kerana Allah memilih diri ini menjadi Tetamunya. Alhamdulillah aku kini sudah haji dan haji tahun ini aku nak tunaikan lagi… Moga-moga Allah mudahkan urusan hajiku nanti.

Kehidupan di Arab Saudi berbeza dengan Malaysia, wanita di Negara ini tidak aktif,malah amat pasif. Biasanya perempuan hanya duduk di rumah sahaja. Menjadi surirumah tangga dan mereka jarang keluar rumah. Ketidakbiasaan aku dengan suasana disini mengundang resah, aku mula rasa rindu untuk kembali ke zaman aku menjadi student. yang sudah biasa sibuk kesana kemari…nie pulak duk umah jadi pak pacak n tukang tunggu..sudah menjadi lumrah kehidupan orang-orang disini…Apa nak buat…Nasib…

Realitinya aku kini memang jauh berbeza dari diriku dahulu. Mengikut rentak suasana menjadi lumrah kehidupanku disini. Makkah…..bagaimana ini terjadi? Mana ruh dulu yang segar merasai taqwa dan manisnya iman…memikirkan aku yang punya degree tapi seperti aku tidak punya apa-apa kelayakan..bukan kerana ilmu itu lari…tapi kerana ilmu itu tidak diamalkan.. ini menjadikan sia-sia sahaja.. lulusan computer, tetapi kini tak pandai computer…itu la akibatnya…duk sibuk ngan anak…sampai ilmu yang dipelajari dulu tak dipraktikkan…rasa amat terkilan sangat…bukan sebab apa.Tapi duk fikir sahabat-sahabat sekuliah sudah melanjutkan pelajaran ke perinkat master dan kini sudah menjadi lecturer dan ada yang sudah berjawat jawatan yang tinggi dalam syarikat…Aku nie entah kemana….

Soalnya… Apakah kita harus belajar tinggi-tinggi? Wajarkah kita belajar hatta sampai ke peringkat PHD… tapi amalnya tiada….sia-sia sahaja. Apatah lagi student bahagian agama, Subhanallah…Moga menjadi iktibar untuk semua.

Soalnya… bagaimana nak membentuk soleh dalam diri….bukankah soleh dan musleh itu datang beriringan…

-mujahidAH001-

Read Full Post »