Feeds:
Posts
Comments

Archive for February, 2009

Hentikan Pembohonganmu…

فضائية الأقصى – وكالات-

ذكرت صحيفة روسية تصدر بأمريكا معروفة بتشددها للصهيونية العالمية وسيطرة اللوبي الصهيوني عليها بمقالها بالصفحة السابعة بعنوان (هل هذا نصر) سيتم هنا ترجمة بعض ما جاء بهذه المقالة علما أنه بعد نشر هذه الجريدة تم سحبها من الأسواق بسبب هذه المقالة:

Stesen TV al-Aqsa menyiarkan:

Sebuah akhbar Rusia yang diterbitkan di Amerika yang terkenal sebagai pendokong kuat Zionis menyiarkan sebuah artikel di muka surat 7 bertajuk (Adakah ini Kemenangan?). selepas dikeluarkan, akhbar tersebut ditarik dari pasaran kerana terdapartnya artikel tersebut.

Berikut adalah sebahagian terjemahan artikel tersebut:

قال الكاتب:

إن كنا ذهبنا الى غزة لإعادة شاليط ،،،،

فقد عدنا بدونه.

Sekiranya kita pergi (menyerang) Gaza untuk mengembalikan Shalit….

Sesungguhnya kita telah pulang tanpanya!

إن كنا ذهبنا الى غزة لوقف الصواريخ ،،،،

فقد زاد مداها حتى أخر يوم وزادت رقعة تهديدها.

Sekiranya kita pergi (menyerang) Gaza untuk menghentikan serangan roket-roket….

Sesungguhnya serangan kita telah menambahkan jangkauannya sehingga hari terakhir dan telah bertambah pula ruang ancamannya.

إن كنا ذهبنا الى غزة لإنهاء حماس ،،،،،

فقد زدناها شعبية واعطيناها شرعية.

Sekiranya kita pergi (menyerang) Gaza untuk menamatkan riwayat HAMAS

Sesungguhnya kita telah menambahkan sokongan rakyat terhadapnya dan memberinya pengiktirafan terhadap keabsahannya dari sudut undang-undang.

إن كنا ذهبنا الى غزة لإحتلالها ،،،،،

فقد ذكرنا أن قوات النخبة لم تستطع التوغل متر داخل غزة.

Sekiranya kita pergi (menyerang) Gaza untuk untuk menawannya…

Maka sesungguhnya kita telah diberitahu bahawa ketumbukan kita tidak berupaya menembusi walau satu meter ke dalam Gaza.

إن كنا ذهبنا الى غزة لنظهر أن يدنا هي العليا ،،،،

فقد توقفت الحرب عندما قررت المقاومة وليس عندما قررنا.

Sekiranya kita pergi (menyerang) Gaza untuk menonjolkan kepada dunia bahawa kita adalah kuasa tertinggi

Maka sesungguhnya terhentinya peperangan ketika pihak penentang (HAMAS) memutuskan (agar kita berhenti) bukan ketika kita yang memutuskan (agar mereka berhenti)

إن كنا ذهبنا الى غزة لنستعرض قوتنا ،،،،،،،

فقد كان يكفي إجراء عرض عسكري في تل ابيب.

Sekiranya kita pergi (menyerang) Gaza sekadar untuk mempamerkan kekuatan kita…

Maka sesungguhnya telah cukup untuk tujuan itu kita mengadakan satu pameran ketenteraan di Tel Aviv

إن كنا ذهبنا الى غزة لقتل قادة حماس ،،،،،،

فقد اغتلنا اثنين من بين خمسمائة قائد في الحركة.

Sekiranya kita pergi (menyerang) Gaza untuk membunuh para pemimpin HAMAS….

Maka sesungguhnya kita hanya dapat membunuh DUA orang daripada 500 pemimpin dalam gerakannya.

إن كنا ذهبنا الى غزة لنكسب تعاطف عالمي،،،،،،

فقد انقلب الرأي العام العالمي ضدنا ومن كان معنا صار ضدنا.

Sekiranya kita pergi (menyerang) Gaza untuk meraih sokongan dan simpati dunia

Maka sesungguhnya sokongan dan simpati mereka telah beralih arah. Mereka yang dahulu bersama kita, kini telah menentang kita.

إن كنا ذهبنا الى غزة لنعيد الثقة لجنودنا ،،،،،،،

فقد زدناه جبنا كما زدنا مقاتل المقاومة ثقة بنفسه.

Sekiranya kita pergi (menyerang) Gaza untuk mengembalikan keyakinan diri tentera-tentera kita…

Maka sesungguhnya kita telah menjadikan mereka lebih pengecut. Dan kita telah menjadikan para pejuang pasukan penentang (HAMAS) bertambah yakin pada kemampuan mereka.

إن كنا ذهبنا الى غزة لنثبت قوة الردع ،،،،،،،،

فقد تبين ان السلاح بيدنا لا نجيد استخدامه على الارض بتجربتي 2006 + 2008 ولم نردع حزب الله و لا حماس وزادت تهديدات وكبرياء قادة حماس والله أعلم من القادم بعد انتشار هذه الثقافة بين شعوب المنطقة وهي ثقافة المقاومة والقدرة على الوقوف بوجوهنا ولا ننسى أنه خلال جميع لقائاتنا اثناء الحرب بهدف التهدئة لم نسمع طلب لحماس و لا مرة ايقاف اطلاق النار حتى طلبناه نحن فدعوني اسأل (( من ردع من )) ووالله اعلم يوجد الان ثمانمائة ألف اسرائيلي وهم سكان الجنوب إذا ذكرت اسم حماس أمامهم ارتجفوا وذهبوا للملاجئ  ((فمن ردع من ))

Sekiranya kita pergi (menyerang) Gaza untuk menimbulkan kegerunan mereka terhadap kekuatan kita…

Maka sesungguhnya telah ternyata bahawa senjata yang ada di tangan kita tidak digunakan sebaiknya di bumi nyata melalui dua percubaan 2006 dan 2008. Kita tidak berjaya menakutkan Hizbullah dan juga HAMAS. Sebaliknya telah bertambah ancaman dan kesombongan para pemimpin HAMAS. Demi Allah saya mendapat tahu daripada orang yang datang dari kalangan penduduk setempat bahawa telah tersebar maklumat ini, iaitu maklumat tentang keupayaan pasukan penentang untuk berdepan dengan kita. Dan jangan kita lupa bahawa semua perjumpaan yang di adakan sepanjang tempoh peperangan baru-baru ini untuk tujuan mengadakan gencatan senjata, kita tidak mendengar walaupun satu kali tuntutan HAMAS supaya dihentikan serangan dan pengeboman. Sebaliknya kitalah yang menuntutnya! Maka izinkan saya bertanya: Siapa yang gerun kepada siapa? Dan Demi Allah! Terdapat sekarang ini 800,000 rakyat Israel yang tinggal di bahagian selatan (bersempadan dengan Gaza), apabila disebut saja nama HAMAS di hadapan mereka, mereka menjadi gementar dan bertempiaran lari mencari perlindungan! Maka siapa yang gerun kepada siapa?

ويكمل الكاتب الأهداف و النتائج التي توصلوا اليها ويختم قوله:

-إن هذه الحرب كلفت الكيان الصهيوني مبلغ عشرة ونصف تريليون دولار وهي قيمة ما تم دفعه على الحملات الإعلانية على مدى 40 عاما لتجميل صورة اليهود بالعالم فبخلال 22 يوم دمر الجيش الإسرائيلي كل هذه الحملات كما أن هذه الارقام لا تشمل المبالغ تكلفة الحرب.

-كما لا تشمل الخسائر البشرية التي تكبدناها (عسكريين بالجبهة ومدنيين من الصواريخ) قال الكاتب عنها حرفيا ( خسائرنا البشرية بالحرب على غزة أنا أعرفها وأولمرت وباراك يعرفاها وجميعا ممنوعين من التصريح عنها)

Penulis menamatkan tulisannya dengan menyebut objektif peperangan dan natijah yang telah mereka perolehi daripadanya:

Sesungguhnya peperangan ini telah membebankan zionis 10.5 trilion USD. Jumlah yang telah dibelanjakan selama 40 tahun untuk propaganda, menunjuk kepada dunia bahawa Yahudi tidak jahat. Namun dalam masa 22 hari sahaja tentera Israel telah memusnahkan semua propaganda itu. Dan angka yang disebut itu sebenarnya tidak termasuk kos peperangan sebenar yang terpaksa ditanggung. Juga tidak termasuk kerugian aspek kemanusiaan yang terpaksa kita alami (kerugian tentera di medan dan orang awam dengan serangan roket).

Penulis telah berkata dengan tegas: Peperangan ke atas Gaza telah membawa kerugian kepada kita dari aspek kemanusiaan. Aku mengetahunya. Olmert dan Barak mengetahuinya. Namun semua kami dilarang mengakuinya secara terus terang!

وأنهى مقاله بالقول هذه النتائج كلها تدعونا بالقول

( كفانا كذب نحن لم ننتصر)!

Di akhir sekali penulis berkata: semua natijah ini mengajak kita supaya berkata: CUKUPLAH KITA BERBOHONG! SEBENARNYA KITA TIDAK MENANG!

p.s.

Artikel yang diterjemahkan ini diterima melalui email pada 27/1/09 tanpa menyebut bilakah akhbar itu diterbitkan.

-Prof. Madya Maznah bt Daud-

Read Full Post »

FAQs

Soalan : Adakah anda menginginkan anak yang soleh, harta yang halal serta rezki yang melimpah ruah?

Jawapan : BERISTIGHFARLAH

فَقُلۡتُ ٱسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّكُمۡ إِنَّهُ ۥ كَانَ غَفَّارً۬ا (١٠) يُرۡسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡكُم مِّدۡرَارً۬ا (١١) وَيُمۡدِدۡكُم بِأَمۡوَٲلٍ۬ وَبَنِينَ وَيَجۡعَل لَّكُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ وَيَجۡعَل لَّكُمۡ أَنۡہَـٰرً۬ا

bermaksud : Sehingga aku berkata (kepada mereka): ‘Beristighfarlah’ kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (10)
(Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat yang mencurah-curah kepada kamu (11)
Dan Dia akan memberikan kepada kamu harta kekayaan yang banyak  serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). (12) [Nuh : 10,11,12]

.

Soalan : Inginkan ketenangan jiwa, keluasan pemikiran dan kenikmatan hidup yang baik?

Jawapan : BERISTIGHFARLAH

وَأَنِ ٱسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّكُمۡ ثُمَّ تُوبُوٓاْ إِلَيۡهِ يُمَتِّعۡكُم مَّتَـٰعًا حَسَنً
bermaksud : Dan hendaklah kamu beristighfar kepada Tuhan kamu dan kembali bertaubat padanya, nescaya dia akan mengurniakan kamu nikmat kehidupan yang baik (di dunia). [Hud : 3]

.

Soalan : inginkan kekuatan fizikal? Selamat dari malapetaka serta penyakit merbahaya?

Jawapan : BERISTIGHFARLAH

وَيَـٰقَوۡمِ ٱسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّكُمۡ ثُمَّ تُوبُوٓاْ إِلَيۡهِ يُرۡسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡڪُم مِّدۡرَارً۬ا وَيَزِدۡڪُمۡ قُوَّةً إِلَىٰ قُوَّتِكُمۡ وَلَا تَتَوَلَّوۡاْ مُجۡرِمِينَ

Bermaksud : Dan wahai kaumku! BERISTIGHFARLAH kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Dia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!. [Hud : 52]

.

Soalan : Inginkan keamanan berpanjangan? Selamat dari perkara yang tidak diingini? Dijauhkan daripada fitnah dan ujian?

Jawapan : BERISTIGHFARLAH

وَمَا ڪَانَ ٱللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمۡ وَأَنتَ فِيہِمۡ‌ۚ وَمَا كَانَ ٱللَّهُ مُعَذِّبَهُمۡ وَهُمۡيَسۡتَغۡفِرُونَ

Bermaksud : Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun). [Al- Anfal : 32]

.

Soalan : Adakah anda mahu supaya dosa anda ditukarkan kepada pahala? kebaikan anda sentiasa ditambah? ditingkatkan darjat anda di sisi Allah?

Jawapan : BERISTIGHFARLAH

وَقُولُواْ حِطَّةٌ۬ نَّغۡفِرۡ لَكُمۡ خَطَـٰيَـٰكُمۡ‌ۚ وَسَنَزِيدُ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

bermaksud : Dan mintalah ampun dengan berkata : Ya Allah ampunilah dosa kami. supaya Kami ampunkan kesalahan kamu dan Kami akan tambah pula pahala bagi orang- orang yang berbuat baik. [al-baqarah : 58]
.

Dalam satu Hadis, Nabi SallalLahu’alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

” Barangsiapa yang melazimi (sentiasa) beristighfar, maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesulitan itu penyelesaian, dan setiap kesempitan itu jalan keluar, dan mengurniakan baginya rezeki dari jalan yang tidak di sangka-sangka”.

Dalam satu Hadis lain yang di riwayatkan oleh Anas bin Malik, bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad SallalLahu’alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

berfirman Allah Subhanahu waTa’ala : Wahai anak Adam! Setiap kali engkau meminta kepadaKu dan mengharap(pengampunan)Ku maka Aku akan mengampunkan segala dosa engkau tanpa Aku mengira apa- apa.

Wahai anak Adam! Sekalipun dosa- dosamu telah sampai ke pengikat langit sekalipun, kemudian engkau memohon ampun (beristighfar) kepadaKu, nescaya Aku akan mengampunkan engkau tanpa Aku mengira apa- apa.

Wahai anak Adam! Sekiranya engkau datang kepadaKu dengan kesalahan yang menutup bumi sekalipun, kemudian engkau datang kepadaKu dan engkau tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan (yang meliputi seluruh bumi). [Tarmizi]

.

Kisah Imam Ahmad bin Hanbal dan Pembuat Roti.

Pada suatu hari, Imam Ahmad bin Hanbal ingin menghabiskan malamnya di sebuah masjid, tetapi penjaga masjid tidak membenarkannya (dia tak kenal tu Imam Ahmad bin Hanbal). Puas Imam Ahmad bin Hanbal memujuk penjaga masjid itu, tetapi tidak berhasil.

Sehingga Imam Ahmad bin Hanbal berkata : Aku akan tidur  di atas kakiku sendiri (tidur berdiri). Dan sememangnya Imam Ahmad bin Hanbal tidur dalam keadaan tersebut. Melihatkan keadaan itu, penjaga masjid tetap tidak berpuas hati, lalu di halaunya Imam Ahmad bin Hanbal keluar dari masjid tersebut.

Keadaan ini telah diperhatikan oleh seorang pembuat roti lantas timbul rasa belas kasihan terhadap Imam Ahmad bin Hanbal yang agak lanjut usianya pada ketika itu. Lalu dipelawa Imam Ahmad bin Hanbal ber’mabit’ di rumahnya pada malam itu. Dalam keadaan keduanya tidak mengenali antara satu sama lain.

Sampai di rumah si pembuat roti, Imam Ahmad di layan dengan baik dan di hormati sebagai tetamu.

Ketikamana si pembuat roti beredar untuk menyediakan ‘doh’ membuat roti, Imam Ahmad bin Hanbal mengekori dan memerhatikannya. Lalu Imam Ahmad bin Hanbal kagum dan terkejut melihat si pembuat roti sentiasa beristighfar walaupun sibuk dengan kerja- kerjanya.

Selang pagi esoknya, Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti tentang keadaannya yang sentiasa beristighfar walaupun sedang sibuk melakukan kerja.

“Alhamdulillah, saya sering beristighfar walau dimanapun saya berada dan walau keadaan apa sekalipun saya hadapi.” jawab si pembuat roti jujur.

“Adakah anda dapati apa- apa kebaikan dari perbuatanmu itu?” tanya Imam Ahmad bin Hanbal.

Maka jawab si pembuat roti, ” tidak ada satu doa pun yang aku pohon kecuali Allah Subhanatu wa Ta’ala akan memperkenankan doa ku itu.”

“kecuali satu doa….” sambung si pembuat roti.

“Doa apa?” aju Imam Ahmad bin Hanbal.

“Doa untuk aku melihat Imam Ahmad bin Hanbal,”.


Read Full Post »

…kenangan…

Aku masih ingat. Cikgu Faridah nama dia. Cikgu Bahasa Melayu (BM).

.

Kelas aku tingkat 3. 4 hijau namanya. Memang semua budak- budak masih hijau. Aku pun masih hijau jugak. Aku duk depan. Pasal aku kecik. Atau dengan bahasa yang lebih kurang ajar. Pendek. Berapa kali mee goreng tumpah atas baju aku pasal aku tak sampai nak amik mee tu atas para kantin. Nasib baik dapat ganti balik. Free…

.

Cikgu faridah suruh raswadi buat ayat dengan perkataan jemput.

.

jemputlah makan jemput- jemput,” selamba raswadi menjawab. Lepas tu mengaduh kene piat telinga.

Cikgu faridah suruh airiman gabungkan dua ayat menjadi satu ayat.

-Ahmad sedang berbasikal.

-Ahmad nampak mayat di tepi jalan.

.

Ahmad nampak mayat sedang berbasikal di tepi jalan,” jawab airiman yakin. Sorang lagi kene piat telinga. Budak 4 hijau lain tahan gelak.

.

Tetiba cikgu korikulum masuk. Cikgu India.. tinggi..baju tuckin.. rambut sikat belah tepi.. pakai tali leher.. tapi tak pakai stoking. Kelihatan dia bercakap- cakap dengan cikgu faridah. Sesekali tangan dia buat gaya yang sukar difahami. Cikgu faridah angguk2.

“baik murid- murid… buat dua barisan kat luar kelas… tangan atas bahu kawan… lori MILO datang…!” suara cikgu faridah separa jerit.

.

Gempita suasana kelas seketika. Masing- masing start tunjuk hero. Semua tak sabar nak teguk milo sejuk yang keluar dari lori kaler hijau tu. Dari tingkat 3, aku boleh nampak kelas lain tengah beratur amik milo secawan sorang. Masing- masing senyum cecah telinga.

.

Sampai giliran kelas aku. Biasalah… aku depan sekali, sebab paling kecik. Member belakang asik tolak belakang aku suruh cepat. Dasar tak sabar.

.

Sampai kat depan lori siap berdebar- debar… senyum je abg pakai baju cap milo bagi secawan milo kat aku. Hati berbunga- bunga. Sejuk je jari yang pegang cawan milo tu. Mesti minum sikit- sikit ni. Sayang kalau habis cepat. Takleh nak eksen dengan kawan yang minum cepat. Aku terus naik semula ke kelas.

.

Tegukkan pertama penuh nikmat. Sepanjang hayat aku buat milo kat rumah tak pernah rasa macam ni. Resepi apa gak nyer yang diorang pakai buat milo ni. Tambah kas- kas apa. Seteguk je… yang lebih simpan bawah meja. Apa barang habiskan cepat-cepat..

.

Apa gaknyer agenda kerajaan bagi milo free kat budak- budak… nak kata pilihanraya dah dekat… haram budak- budak mana boleh pegi ngundi.

.

Loceng tamat persekolahan menjerit. Aku capai beg yang lagi besar pada aku terus bangun keluar kelas. Dah siap kemas awal- awal lagi. Nak terus balik rumah. Rumah dekat. Sepenanak nasi je.

.

Nak dekat sampai rumah aku rasa tak puas hati.. ada sesuatu tak kene.. macam ada benda hilang je.. macam ada rugi sesuatu jer.

.

MILO aku! Aku jerit… sumpah aku lupa. Sayang punya pasal. Macam- macam jenis sumpah keluar dari mulut. Rambut terus jadi serabut. Jalan pun hentak- hentak kaki. Muka masam tak payah cakap.

Petangnyer aku ponteng sekolah agama. Buat- buat pening.


Read Full Post »

“Mengapa Yahudi Bijak”

Perhatian :

Artikel ini bukanlah bertujuan memuji yahudi atau pro-yahudi. sekadar mengambil kebaikan sekalipun ianya datang dari musuh kita.

Sebelum anda membaca tesis ini, ada baik jika anda membaca di sini dahulu.

Kata Dr. Stephen Carr Leon :

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor.

Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar?

Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.

Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.

Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.

menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.

Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka.

Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!) Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan.

Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.

Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.

Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia!

Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik.

Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok.

Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.

.

Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana?

Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja.

Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis essai sepanjang 5 mukasurat penuh. Essainya hanyalah mengenai ‘Mengapa saya gemarkan tomato!’ Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon-

-alih bahasa : Hakim Ma’ruf Haji Abdul Kadir

Universiti Massachuset USA

-komen : “lepas ni buat kira- kira la kita ngan bini.” –mujahid001

Read Full Post »

exam dah habis..

exam saya hari ni jer… dah habis dah..

dah habis..? university pun dah habis la maknanyer…

nak tinggal mekah la maknanyer…

nak balik mesia dah la maknanyer…

takde maknanyer…

[huh.. ter’update’ pun blog ni] -saya-

[elleh.. macam tu tak nama update] –bini saya

Read Full Post »