Feeds:
Posts
Comments

Archive for May, 2009

Al-Fateh

Salam Sejahtera kepada semua.

Disebabkan  ust Khairul Arifin masih belum mempunyai blog sendiri. Maka saya secara sukarela membantu beliau meng’upload’kan gambar anak sulong beliau yang di beri nama Muhammad Al-Fateh bin Khairul Ariffin bin Mat Jais.

Maka Terimalaaaaaahhhhh…. (hehee… pinjam trademark abg ghaz..)

Muhammad Al-Fateh bin Khairul Ariffin bin Mat Jais

Muhammad Al-Fateh bin Khairul Ariffin bin Mat Jais

Amacam..? Ada muka bapak dia tak..?

aqel cium fateh

aqel cium fateh

Amacam..? Ada perangai bapak dia tak suka budak2..? fateh pasrah kene cium.

bakal seorang abg yg penyayang

bakal seorang abg yg penyayang

Semoga mereka membesar menjadi penyejuk mata kedua ibu bapa.

Menjadi penjulang panji Islam penegak kebenaran.

Menjadi khalifah memakmurkan bumi Allah.

Menjadi manusia berguna pada Agama, bangsa dan negara.

Amin.

Read Full Post »

tadabbur…

Sedang saya membaca Al- Quran. Saya terhenti pada ayat ini.

.

“قَالَ رَبِّ اغۡفِرۡ لِىۡ وَهَبۡ لِىۡ مُلۡكًا لَّا يَنۡۢبَغِىۡ لِاَحَدٍ مِّنۡۢ بَعۡدِىۡ”

bermaksud : (Nabi Sulaiman berkata : Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosa dan kesilapanku serta kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya) dan yang tidak akan ada pada sesiapa pun selepas daripada ku.)

[Sod : 35]

Wah..!! Saya terpana.

Seorang Nabi. Nabi Sulaiman. Dia meminta supaya Allah mengampunkan dosanya terlebih dahulu. Barulah dia meminta kerajaan yang agung lagi masyhur.

Bukankah bersih dari dosa itu antara sebab utama doa dan hajat dimakbulkan?!

Bukankah dosa yang terpalat di hati itu sebab kepada tertolaknya doa- doa kita?!

Oh Mu’min… Selayaknya dikau meminta supaya dosa- dosamu diampunkan. Dilenyapkan titik- titik hitam dalam hatimu. Dihapuskan debu noda dalam sejarah hidupmu.

Kemudian. Pintalah pada Tuhanmu. Nescaya dia mendengar dan menganugerahkannya kepadamu.

Taubat dulu. Barulah Hajat.

Ya Allah… Bantulah kami.


Read Full Post »

Terkini

FC BARCELONA menang dengan MANCHESTER UNITED : 2 – 0

Aku injured. Main bola. Bahagian lutut.

*pasukan yang di’bold‘kan adakah pasukan pilihan.

sekian terima kasih.

Read Full Post »

Mey… camner nak gi haram sendiri naik teksi? Nak cakap apa ek..?”

Aku selaku budak baru bertanya kepada senior. Benar. Aku baru sehari berada di bumi Makkah. Masih mentah. Orang cakap arab aku tak paham. Kalau aku cakap arab, lagi orang tak paham.

Cakap : Haram! Riyalaeen..” Mey menjawab. Mudah. Ringkas. Padat.

Apa?” Aku kebingungan.

Cakap : Haram.. maksudnyer, kita nak ke haram…”

Riyalaeen maksudnyer dua riyal jer..” Mey memperincikan perbualan.

Aku menangkap dua butir kalimah itu dan terus aku simpan dalam memoriku.

Ini kali pertama aku akan ke Haram secara solo. Semalam Mey merempit bawak aku ke Haram . Hari ni aku nak berdikari. Aku nak belajar cakap arab. Aku nak terror macam senior- senior cakap arab. Aku berazam nak fasih giler cakap arab.

Sampai mimpi pun aku nak cakap arab…

Aku bersiap. Pakai jubah yang aku bawak dari malaysia. Kain jubah tu aku dapat masa menang Pertandingan Hafazan Peringkat Daerah. Mama terus hantar kedai buat jubah. Sampai sekarang masih ada lagi jubah tu. Cuma dah kecik.

Eh kejap.. Nanti nak balik dah tau ke nak cakap apa?” Mey prihatin.

Yer tak ye jugak. Buatnyer tak jumpa jalan pulang. Duduk Haram selama- lamanya la… Aku tak terfikir langsung.

Pegi dekat belah Ajyad. Cari teksi. Cakap : Aziziyah Syamaliyah…”

Pastu.. bila enta dah nampak universiti.. enta suruh la dia berenti… enta tau kan…?”

Mey mengajaar. Tekun. Penuh prihatin. Ada riak bimbang di wajah Mey.

Aku senyum. Semua butiran perkataan aku hafaz elok. Aku masih belum memiliki henset di sini. Memang kalau aku sesat. Aku akan menyusahkan banyak pihak.

Aku berjalan ke jalan utama. Hatiku berdebar- debar.

Haram riyalaeen. Haram riyalaeen. Haram riyalaeen. Aku berzikir.

tingkap teksi tersenyum kepadaku

tingkap teksi tersenyum kepadaku

Haram riyalaeen?” Sepontan aku bertanya kepada satu kereta yang berenti di hadapanku.

Khamsa riyal… Atla‘..” (lima riyal… naik!)

Aku ketakutan. Tapi aku faham dia nak lima riyal. Aku naik jugak. Aku takut. Percakapannya agak kasar.

Aku duduk senyap. Kedua belah tanganku betul- betul atas peha kiri dan kananku. Lututku rapat.

Aku bukan naik teksi. Aku naik prebet sapu. Aku semakin gelisah.

Pemandu itu berhenti sekali lagi. Mengambil seorang lagi penumpang. Riyalaeen jer…

CehCilakak… Aku dia amik lima riyal. Yang sorang lagi dia amik dua riyal jer… mentang2 aku budak baru. Aku simpan dalam hati. Rasa nak nangis pun ada. Tapi apakan daya. Aku nak melawan macam mana. Cakap arab baru tau sepatah dua.

Kemuncaknya. Dia bersuara :

Arbith Hizam..!” (pakai talipinggang…!)

Aku kebingungan. Aku tak faham.

Muhammad..!! Arbith hizam!!..” (Muhammad : pakai tali pinggang!!)

[Tips : Di sini… Nama Muhammad sering digunakan utk memanggil seseorang yang tidak dikenali.]

Aku senyap. Aku mengangkat bahu. Kedua belah tanganku turut ku angkat.

Dia kemudian bercakap- cakap dengan orang belakang dengan bahasa yang aku tidak faham. Tapi jelas dia mengutuk aku.

Hatiku sayu. Aku benar- benar sedih. Respectla sikit orang baru kat sini. Nanti aku dah terror cakap arab, korang bagitau la apa korang nak. Aku menahan sebak.

Dia terus menjelingku dengan pandangan tidak puas hati. Aku buat bodoh. Geram. Tension.

Tidak cukup dengan itu. Aku tidak dihantar ke kawasan Ajyad. Aku dihantar di Ghazzah. Kedua- dua kawasan itu agak bertentangan.

Bila aku tanya adakah ini belah Ajyad. Dia mengangguk. Aku percaya.

Kemudian aku tanya namanya. Dia jawab namanya Habib dan beredar.

Aku sampai jua di Haram dengan bayaran lima riyal dan bayaran tips kene marah suruh pakai talipinggang dan bayaran tambahan ditipu dihantar ke tempat lain.

Alhamdulillah.

Read Full Post »

Macam- Macam

Aku keluar dari rumah. Destinasiku ke Masjid.

Azan Zohor baru sahaja berkemundang. Aku masih ada banyak masa. Kebiasaan di sini mereka menjarakkan masa yang agak panjang diantara azan dan iqamah.

Aku melangkah kecil. Aku berkira. Setiap langkah Allah tinggikan darjatku. Menambah ganjaranku. Juga menghapus dosa- dosaku. Langkahku makin kecil. Hatiku senyum.

Aku sembahyang sunat tahiyyatul masjid. Aku niatkan sekali sembahyang sunat qabliah(sebelum) zohor. Solatku tenang.

Tepat aku memberi salam. Iqamah berkumandang. Agak sumbang. Pelat. Lidah tak cukup panjang. Suara juga seperti orang berumur. Cuma aku tidak sempat melihat kelibat empunya suara kerana kedudukanku tidak memungkinkan aku berbuat demikian.

Kebiasaan di sini juga. Siapa yang melaungkan azan. Dialah yang akan mengumandangkan iqamah. Dan terakhir, dia juga yang akan menjadi Imam.

Si suara sumbang tadi mengangkat takbir. Masih lagi sumbang. Makmum seramai kira- kira 50 orang mengikut.

Belum sempat aku menghabiskan bacaan iftitahku. Imam sudah ruku’. Aku ikut ruku’. Makmum lain ada yang terkial- kial. Ruku’ imam juga pendek. terus I’tidal. I’tidal pula tidak sempurna toma’ninahnya. Terus sujud.

Laju betul imam ni. Hati kecilku bersuara. Khusu’ telah pergi.

Tiba- tiba. Sujud si Imam sangat panjang. Bukan sujud yang terakhir. Malah sujud yang pertama dalam solat. Makmum di sebelah kiri dan kananku tampak gelisah. Aku tak terkecuali. Sujudnya terlalu lama. Macam orang solat hajat.

Imam ni nak buat lawak ke. Atau dah lari ikut pintu depan. Hatiku mengomel. Sukar mencari khusu’ yang telah pergi semakin jauh.

Imam bangun untuk rakaat yang kedua. Perkara yang sama berulang. Aku belum sempat menghabiskan ayat ketiga dari surah Fatihah. Imam ruku’. I’tidal. Sujud.  Solat Zohor tampak kucar- kacir. Ada yang ikut imam. Ada yang cuba menghabiskan Fatihah. Ada yang dah tak sedap solat. Solat Jemaah semakin jelas haru birunya.

Cuma… Sujud imam memang lama. Panjang. Lebih lama dari sujud rakaat yang pertama tadi.

Kemuncaknya. Imam tak duduk tahiyyat awal. Malah menambah sujud yang ketiga.

Subhanallah! Beberapa orang makmum bersuara.

Imam bangun untuk rakaat ketiga.

Subhanallah! (tahiyyat awal belum lagi la bodoh!) agaknya itulah tersirat di sebalik Subhanallah yang makmun lafazkan.

Imam turun balik. Sujud lagi. Adooiiss…

Aku Mufaraqah. Rakan di sebelah juga mufaraqah.

Tiba- tiba…

Okey2… semua jangan panik.. kita buat solat sekali lagi…

Aitt.. boleh pulak buat pengumuman tengah- tengah sembahyang ni.

Suasana masjid menjadi hingar bingar. Tidak kurang yang mengutuk imam. Tidak kurang yang berpaling sesama sendiri. Yang memarahi imam pun ada. Menambahkan gamat suasana. Yang tukang gelak pun ramai.

Aku menghabiskan sembahyang sendiri.

Sedang aku tahiyyat akhir. Kedengaran suara iqamah dikumandangkan. Solat Zohor akan dimulakan sekali lagi.

Aku seorang keluar dari masjid sedang jemaah lain mengangkat takbir memulakan solat zohor untuk kali kedua.

Aku pulang ke rumah dalam keadaan memegang perut dengan gelak tawa yang besar.

Macam- macam.

Read Full Post »

~..SEPI..~

~~~

Sepi…

Selimut sepi kuasai diri…

Degup jantungku bagai terhenti…

Lantas ku dengar detik berlari…

Langsung ku hitung saatku sepi…

~~

Khayalan indah temani diri…

Titis kaca ubatnya hati…

Wajah tulus mengadap Ilahi…

Bukan Dia, Siapa lagi…?

~~

Sepi…

Kala malam tegar berdiri…

Bulan bintang setia menanti…

Bisikan halus hati nurani…

Tempatnya jiwa tintanya seni…

~~

Detik menjeling tak mahu pergi…

Masa meruntun mencari- cari…

Waktu terbang ke sana kemari…

Saat terbuang tak ulang kembali…

~~

Sepi…

Kelu lidahku bertanya lagi…

Sampai bila alam terhenti…

Gelap gelita hapus diterangi…

Wajah sang suria menjelma lagi…

~~

Aku yang Sepi…

~

HAKIM

5:08PM. MAKKAH

Read Full Post »

..Budak Budak..

<<doremon dan doralin>>

<>

Salam..

Alhamdulillah… aku memang suka dengan budak- budak.

Apatah lagi anak- anak kecil. Pipi diorang selalu jadi mangsa aku. Kadang- kadang memang sampai aku gigit pipi diorang….. 😀

Aku selalu ada cara macam mana nak rapat dengan budak- budak.

Kalau yang kecil… Aku suka dukung. Aku boleh tahan dukung diorang lama- lama. Aku suka bawak diorang jalan. Tunjuk ‘meow’. Tunjuk pokok. Tunjuk kereta. Sambil amik kesempatan kat pipi diorang.

Kalau dah besar sikit, aku akan buat magic kat diorang. Duit hilang. Kertas hilang. Masuk ikut telinga. Keluar ikut mulut. Magic kad. Magic pen. Macam- macam jenis magic lagi. Seronok. Tengok budak- budak suka.

Alhamdulillah.

Nabi kita pun suka budak- budak. Setiap budak yang Baginda jumpa, pasti Baginda tegur. Usap kepala. Cium. Ajar. Cakap lembut. (peace be upon him).

Baginda sering menjadi kuda untuk cucu- cucu Baginda. Baginda sanggup memanjangkan sujud Baginda membiarkan cucu baginda memanjatnya. Baginda memberi hadiah kepada budak- budak. Kasih sayang baginda sangat jelas kepada budak- budak.

SubhanalLah.. Hebatnya RasululLah.

Sebab tu kadang- kadang, aku lebih budak dari budak- budak… hahaaha 😛

Semoga Allah melimpahkan kasih sayang kepada setiap insan untuk saling sayang menyayangi. Kasih mengasihi. Hormat menghormati.

(rindu kat aqeel… nasib baik waseem ada… ada jugak pipi nak cubit… hahahaa.. boleh yer baba n mama waseem)

budak dan bapak budak

budak dan 'bapak budak'

Tahniah buat Ust Khairul Ariffin bin Mat Jais yang baru sahaja menjadi ‘bapak budak’ selama seminggu. Semoga diberi kekuatan oleh Allah dalam membina dan mendidik generasi soleh wa musleh. penyejuk mata. penyumbang kepada kejayaan Islam suatu hari nanti. Amin.

HAKIM

Read Full Post »

Older Posts »