Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘kehidupan’ Category

Susunan Kehidupan

27  Jamadilakhir 1430

Aku membaca soalan pertama…

“Berikan takrif Ijtihad dari segi Istilah…”

Aku melirik pula ke soalan kedua…

“Apakah dalil yang menyokong pendapat yang mengatakan ‘Qaul Sahabat’ itu hujjah? Bentangkan perbezaan pendapat ulama’ tentang masalah ini..?”

Kemudian soalan ketiga… Ada enam soalan semuanya.

Tinta biruku berjalan lancar… tenang…

Seolah- oleh aku seorang sahaja yang berada di dewan peperiksaan ketika itu.

“Terima Kasih Dr. Mohd Ali Ibrahim.”

Kertas jawapan kuserahkan. Kami sama- sama tersenyum.

“Aku datang dari rumah semata- mata untuk kamu..”

Aku tersipu- sipu.

*****

24 Jamadilakhir 1430

Aku menggenggam kemas nota- nota ku…

Membuat rujukan akhir sepintas lalu. Sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

Aku melangkah ke dewan peperiksaan.

Kosong…

“Apa?! Mana pergi semua orang..? Tak nak periksa ke..?”

Aku memeriksa tempat peperiksaan sekali lagi. Betul. Bangunan Qaf. Bilik 204.

Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Tepat. Aku seorang berada di dewan peperiksaan. Pelajar lain masih belum datang.

Aku gelisah. Tak sedap duduk. Peluh jantan mula memercik di liang peluh di segenap badan.

Aku bangun. Mundar- mandir. Keluar masuk kelas. Seorang pun takde.

Tanganku mula menggeletar. Aku sudah mula membuat andaian yang bukan- bukan.

“Aku silap… Tak mungkin.. Tak mungkin..” hati kecilku berbisik.

*****

24 Jamadilakhir 1430

7:45 pagi.

“Yub.. hari ni berapa haribulan islam?”

“Emm.. tak tau aa… 24 kot.. Cuba enta bukak berita harian online.. ada tulis..”

“Huh… nasib baik hari ni 23 haribulan… enta buat takut ana jer.. tak balik lagi kang…”

*****

24 Jamadiakhir 1430

12:01 tengahari.

“Amacam periksa kim..? Okey..? Boleh jawab..?” pelajar paling mesra prihatin.

“Okey jer…”

9:30 malam

Satu majlis diadakan sempena meraikan kepulangan dua orang ahli usrah mekah yang merupakan ‘bekas’ pelajar Universiti UmmulQura.

Aku tersenyum.

Ucapan diberikan. Agak hambar. Senyumku kepuraan.

“Naper monyok semacam jer.. kata dah habis periksa…?” Abg Azam meneliti raut wajahku.

“Ada Qiamullail esok.. kene prepare buku panduan..” Aku beralasan.

*****

24 Jamadilakhir 1430

“Hello… enta ada nombor henset Dr. Mohd Ali Ibrahim tak..?”

“Hmm.. Sekarang ana takde, tapi ana boleh tolong carikan untuk enta.. Kita jumpa kat Masjid lepas zohor yer..”

“Macam mana enta boleh silap tarikh… Hari tu dalam kelas, Syeikh ada panggil nama enta. Ana ingat enta dah periksa dengan kelas lain..”

Abdul Wahab Somali berleter.

Aku senyap.

“Nah.. amik nombor ni. Harap- harap Syeikh dapat buat kertas ulangan untuk enta..”

“InsyaAllah…” Sahutku. Sayu.

*****

25 Jamadilakhir 1430

“Assalamu’alaikum Syeikh.. Saya Abd AlRahman AlHakim dari Malaysia…. Saya nak mintak maaf… Sssa…”

“Yer.. Aku kenal kamu… Kenapa kamu tak datang periksa..?”

Gullp.. Aku menelan air liur.

“Hari Sabtu nanti datang pejabat aku. Kita exam pukul 10 pagi… Boleh..?”

“Boleh..” Sahutku. Sepantas kilat.

Aku sujud syukur.

*****

Pandai- pandailah korang susun cerita di atas agar tersusun menjadi satu pengalaman dalam susunan kehidupan yang telah Allah susun buat hambaNya.

Maaf kepada sahabat- sahabat. Aku berhelah selama dua tiga hari ni.. hehee.. Sowwii… (^_^)

yang benar,

Hakim.

Advertisements

Read Full Post »

Anda Kenal?

04062009096

Huh… anda kenal ini orang..?

Ini bukan runcit- runcit punya orang.. Nasib baik saya suruh dia pakai spek mata… Anda nak kene tenung dengan dia..?

Beliau adalah : YM Tuan Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi Al Qadahi.

Anak kepada Allahyarham Ustaz Haji Hanafi Hj Ahmad. Pengasas Silat Cekak Hanafi Malaysia.

Read Full Post »

Al-Fateh

Salam Sejahtera kepada semua.

Disebabkan  ust Khairul Arifin masih belum mempunyai blog sendiri. Maka saya secara sukarela membantu beliau meng’upload’kan gambar anak sulong beliau yang di beri nama Muhammad Al-Fateh bin Khairul Ariffin bin Mat Jais.

Maka Terimalaaaaaahhhhh…. (hehee… pinjam trademark abg ghaz..)

Muhammad Al-Fateh bin Khairul Ariffin bin Mat Jais

Muhammad Al-Fateh bin Khairul Ariffin bin Mat Jais

Amacam..? Ada muka bapak dia tak..?

aqel cium fateh

aqel cium fateh

Amacam..? Ada perangai bapak dia tak suka budak2..? fateh pasrah kene cium.

bakal seorang abg yg penyayang

bakal seorang abg yg penyayang

Semoga mereka membesar menjadi penyejuk mata kedua ibu bapa.

Menjadi penjulang panji Islam penegak kebenaran.

Menjadi khalifah memakmurkan bumi Allah.

Menjadi manusia berguna pada Agama, bangsa dan negara.

Amin.

Read Full Post »

Terkini

FC BARCELONA menang dengan MANCHESTER UNITED : 2 – 0

Aku injured. Main bola. Bahagian lutut.

*pasukan yang di’bold‘kan adakah pasukan pilihan.

sekian terima kasih.

Read Full Post »

Macam- Macam

Aku keluar dari rumah. Destinasiku ke Masjid.

Azan Zohor baru sahaja berkemundang. Aku masih ada banyak masa. Kebiasaan di sini mereka menjarakkan masa yang agak panjang diantara azan dan iqamah.

Aku melangkah kecil. Aku berkira. Setiap langkah Allah tinggikan darjatku. Menambah ganjaranku. Juga menghapus dosa- dosaku. Langkahku makin kecil. Hatiku senyum.

Aku sembahyang sunat tahiyyatul masjid. Aku niatkan sekali sembahyang sunat qabliah(sebelum) zohor. Solatku tenang.

Tepat aku memberi salam. Iqamah berkumandang. Agak sumbang. Pelat. Lidah tak cukup panjang. Suara juga seperti orang berumur. Cuma aku tidak sempat melihat kelibat empunya suara kerana kedudukanku tidak memungkinkan aku berbuat demikian.

Kebiasaan di sini juga. Siapa yang melaungkan azan. Dialah yang akan mengumandangkan iqamah. Dan terakhir, dia juga yang akan menjadi Imam.

Si suara sumbang tadi mengangkat takbir. Masih lagi sumbang. Makmum seramai kira- kira 50 orang mengikut.

Belum sempat aku menghabiskan bacaan iftitahku. Imam sudah ruku’. Aku ikut ruku’. Makmum lain ada yang terkial- kial. Ruku’ imam juga pendek. terus I’tidal. I’tidal pula tidak sempurna toma’ninahnya. Terus sujud.

Laju betul imam ni. Hati kecilku bersuara. Khusu’ telah pergi.

Tiba- tiba. Sujud si Imam sangat panjang. Bukan sujud yang terakhir. Malah sujud yang pertama dalam solat. Makmum di sebelah kiri dan kananku tampak gelisah. Aku tak terkecuali. Sujudnya terlalu lama. Macam orang solat hajat.

Imam ni nak buat lawak ke. Atau dah lari ikut pintu depan. Hatiku mengomel. Sukar mencari khusu’ yang telah pergi semakin jauh.

Imam bangun untuk rakaat yang kedua. Perkara yang sama berulang. Aku belum sempat menghabiskan ayat ketiga dari surah Fatihah. Imam ruku’. I’tidal. Sujud.  Solat Zohor tampak kucar- kacir. Ada yang ikut imam. Ada yang cuba menghabiskan Fatihah. Ada yang dah tak sedap solat. Solat Jemaah semakin jelas haru birunya.

Cuma… Sujud imam memang lama. Panjang. Lebih lama dari sujud rakaat yang pertama tadi.

Kemuncaknya. Imam tak duduk tahiyyat awal. Malah menambah sujud yang ketiga.

Subhanallah! Beberapa orang makmum bersuara.

Imam bangun untuk rakaat ketiga.

Subhanallah! (tahiyyat awal belum lagi la bodoh!) agaknya itulah tersirat di sebalik Subhanallah yang makmun lafazkan.

Imam turun balik. Sujud lagi. Adooiiss…

Aku Mufaraqah. Rakan di sebelah juga mufaraqah.

Tiba- tiba…

Okey2… semua jangan panik.. kita buat solat sekali lagi…

Aitt.. boleh pulak buat pengumuman tengah- tengah sembahyang ni.

Suasana masjid menjadi hingar bingar. Tidak kurang yang mengutuk imam. Tidak kurang yang berpaling sesama sendiri. Yang memarahi imam pun ada. Menambahkan gamat suasana. Yang tukang gelak pun ramai.

Aku menghabiskan sembahyang sendiri.

Sedang aku tahiyyat akhir. Kedengaran suara iqamah dikumandangkan. Solat Zohor akan dimulakan sekali lagi.

Aku seorang keluar dari masjid sedang jemaah lain mengangkat takbir memulakan solat zohor untuk kali kedua.

Aku pulang ke rumah dalam keadaan memegang perut dengan gelak tawa yang besar.

Macam- macam.

Read Full Post »

..Budak Budak..

<<doremon dan doralin>>

<>

Salam..

Alhamdulillah… aku memang suka dengan budak- budak.

Apatah lagi anak- anak kecil. Pipi diorang selalu jadi mangsa aku. Kadang- kadang memang sampai aku gigit pipi diorang….. 😀

Aku selalu ada cara macam mana nak rapat dengan budak- budak.

Kalau yang kecil… Aku suka dukung. Aku boleh tahan dukung diorang lama- lama. Aku suka bawak diorang jalan. Tunjuk ‘meow’. Tunjuk pokok. Tunjuk kereta. Sambil amik kesempatan kat pipi diorang.

Kalau dah besar sikit, aku akan buat magic kat diorang. Duit hilang. Kertas hilang. Masuk ikut telinga. Keluar ikut mulut. Magic kad. Magic pen. Macam- macam jenis magic lagi. Seronok. Tengok budak- budak suka.

Alhamdulillah.

Nabi kita pun suka budak- budak. Setiap budak yang Baginda jumpa, pasti Baginda tegur. Usap kepala. Cium. Ajar. Cakap lembut. (peace be upon him).

Baginda sering menjadi kuda untuk cucu- cucu Baginda. Baginda sanggup memanjangkan sujud Baginda membiarkan cucu baginda memanjatnya. Baginda memberi hadiah kepada budak- budak. Kasih sayang baginda sangat jelas kepada budak- budak.

SubhanalLah.. Hebatnya RasululLah.

Sebab tu kadang- kadang, aku lebih budak dari budak- budak… hahaaha 😛

Semoga Allah melimpahkan kasih sayang kepada setiap insan untuk saling sayang menyayangi. Kasih mengasihi. Hormat menghormati.

(rindu kat aqeel… nasib baik waseem ada… ada jugak pipi nak cubit… hahahaa.. boleh yer baba n mama waseem)

budak dan bapak budak

budak dan 'bapak budak'

Tahniah buat Ust Khairul Ariffin bin Mat Jais yang baru sahaja menjadi ‘bapak budak’ selama seminggu. Semoga diberi kekuatan oleh Allah dalam membina dan mendidik generasi soleh wa musleh. penyejuk mata. penyumbang kepada kejayaan Islam suatu hari nanti. Amin.

HAKIM

Read Full Post »

Aku Masih Ingat…

::yang mungkin pulang & yang confirm pulang::

::yang mungkin pulang & yang confirm pulang::

.

Pertama : Terima kasih yang tidak terhingga kepada Persatuan Pelajar Malaysia Makkah Al-Mukarramah yang diterajui oleh Tuan Badrul Hisyam Tuan Soh yang telah menganjurkan satu majlis “Takharruj” meraikan kepulangan dua orang graduan setelah kurang lebih enam tahun menimba ilmu dan pengalaman di tanah suci.

.

Kedua : Mohd Lotfi Lokman.

.

Salah seorang graduan yang diraikan pada malam tersebut. Seorang yang istimewa bagiku (bukan kanak2 istimewa yer). Tetapi mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri. Menjadikan diri beliau seorang insan yang tidak mungkin aku lupai sampai bila- bila.

(Segala pujian dan ketinggian hanyalah milik Allah)

“prinsip setiap manusia adalah mempunyai perasaan untuk dihargai”

Aku masih ingat… Ayat ini sering bermain- main di bibir beliau.

Aku masih ingat… Skuter berkuasa rendah berwarna merah sering kelihatan di kota suci mekah. Terutama pada waktu zohor. Waktu pelajar banat keluar dari ‘penjara’ mereka. tempat2 ber’bumper’ juga sering menjadi laluan bagi menjadikan pemanduan lebih adventure walaupun tercabut habis skru2 di tayar motor.

Aku masih ingat… Dengan bahu yang diangkat ke atas semasa memulas pemulas minyak skuter. Kepala yang senget ke kiri. Beliau mengecilkan sebelah anak mata sambil kening di atas mata satu lagi diangkat. Kemudian mulutnya dimuncungkan sedikit sehingga kedengaran vokal ‘woo’ disebut ketika melihat pelajar banat keluar mencari supir masing2.

Aku masih ingat… Nasi ‘Afghan’ yang sering berlebihan walaupun kadar yang dibeli hanyalah hidangan untuk seorang. Tetapi gejala ini berlangsung selama seminggu sahaja. Minggu seterusnya dengan mudah kami licinkan nasi Afghan yang di tuang ke atas ‘saprah’ di atas kapet. Kulit ayamlah yang paling cepat habis.

Aku masih ingat… Begitu lembut hatinya membuka kelas memandu skuter khas untuk mereka yang berbangsa utopia. Bayarannya hanyalah menghentam dinding universiti dengan kelajuan 40km sejam. Setelah ‘brek kaki’ tak makan (letak kedua belah kaki di tanah untuk mengurangkan kelajuan).  Tidak cukup dengan itu, ambulan yang membawa mangsa ke hospital juga mengalami kemalangan gara2 tidak mematuhi lampu isyarat. Dekat sebulan juga nikmat pendengaran di uji. Nasib baik sem tu tak amik cuti.

Aku masih ingat… Ketika aku ditangkap oleh si ‘Tongkar’ dan kuncu2 nya ketika dituduh menyalahgunakan wang jemaah haji. Beliau sekali lagi muncul menjadi hero menyelamatkan aku dari dijatuhkan hukuman yang sekiranya menimpa diriku, mungkin aku tidak mampu menukilkan bicara ini untuk tatapan semua.

Aku masih ingat… tatkala cuti musim panas aku habiskan di banglo beliau selama seminggu. Terengganu. Menghantar cikgu laily ke sekolah kerana anak sulong beliau masih bersedap- sedap dengan selimut. Nasi lemak sedap kat jeti. Redang. Kuala Berang. Sotong celup tepung dengan cicahnya. Rumah Hasbullah. Losong. Air terjun. Abg Sidi. Rumah Zulpakli. Kelantan. Proton Iswara hitam. Pakai gogle ngan kaki itik atas kapal. (apa aku merepek ni…)

Aku masih ingat… Nek, tempat aku berbicara, mendengar nasihat. Belajar buat jeruk. Air nescafe paling sedap sedunia dan sambal petai ikan bilis.

Dan… Aku masih ingat…. Aku masih ingat…. Aku masih ingat….

Terlalu banyak untukku titipkan dalam ingatanku bersama beliau dan biarlah ia menjadi antara kenangan paling manis dalam hidupku dan aku akan terus mendoakan beliau sukses dunia dan akhirat. Amin.

HAKIM

Read Full Post »

Older Posts »