Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘seni’ Category

..KETIKA..

Ketika…

Hening pagi yang bernafas…

Menghirup aroma iman…

Memetik kuntuman rindu…

Menyelam ke dasar rohani…

.

Lalu…

Kau lamar mawar merah…

Taman syurga penuh indah…

Titisan sejuta barakah…

Rahmat terpayung sudah…

.

Tika…

Gemersik irama bahagia…

Jiwa hanyut rentaknya…

Halus mengetuk hati…

Lembut mengurai kata…

.

Tapi…

Ada yang tak mengerti…

Nikmat bukan seperti…

Dosa memakan hati…

Mata buaian mimpi…

.

Lantas…

Tangan mengikat janji…

Kaabah menjadi saksi…

Ukhuwwah terpaut rapi…

Membara di tanah suci…

.

Hidupku…

Matiku…

Ibadahku…

Hanya untukMu.

.

::Hakem::mekaH::

Read Full Post »

~..SEPI..~

~~~

Sepi…

Selimut sepi kuasai diri…

Degup jantungku bagai terhenti…

Lantas ku dengar detik berlari…

Langsung ku hitung saatku sepi…

~~

Khayalan indah temani diri…

Titis kaca ubatnya hati…

Wajah tulus mengadap Ilahi…

Bukan Dia, Siapa lagi…?

~~

Sepi…

Kala malam tegar berdiri…

Bulan bintang setia menanti…

Bisikan halus hati nurani…

Tempatnya jiwa tintanya seni…

~~

Detik menjeling tak mahu pergi…

Masa meruntun mencari- cari…

Waktu terbang ke sana kemari…

Saat terbuang tak ulang kembali…

~~

Sepi…

Kelu lidahku bertanya lagi…

Sampai bila alam terhenti…

Gelap gelita hapus diterangi…

Wajah sang suria menjelma lagi…

~~

Aku yang Sepi…

~

HAKIM

5:08PM. MAKKAH

Read Full Post »

~Dedikasi buat Bonda~

Terima Kasih Bonda...

Terima Kasih Bonda...

~kerna hari ibu setiap detik waktu~

Read Full Post »

Saudaraku…

Saudaraku…

Aku meninta tatkala hatiku menangis..

Aku mencoret tatkala jiwaku terhiris…

Aku melakar tatkala dadaku terguris…

.

Saudaraku…

Darahmu.. Darahku..

Nyawamu.. Nyawaku..

Tanahairmu.. Tanahairku..

Aku lemah di atas lembaran sepi..

.

Saudaraku…

Tatkala musuh rakus menghisap darahmu..

Tatkala musuh kejam merobek dada anakmu..

Tatkala musuh laknat memijak kesucianmu..

Aku hanya mampu merenung sirna..

Aku hanya mampu memerah mata..

Lantas aku benci pada diriku..

“Kau manusia lembu”

Mata ini merembes lagi..

.

Saudaraku..

Sempadan kita sejengkal cuma..

Langkah kita sepantas masa..

Tapi dek kerna lemahnya jiwa..

Pantas terbuai mainan dunia..

Hanyut di bawa hanyirnya nista..

.

Saudaraku…

Dunia memandangmu penuh curiga..

Matahari bagai kian hilang pancarnya..

Bulan kian undur mencermin cahaya..

Bintang lagak masam dari senyumnya..

Apakah telah hilang semua kata- kata..

Aku masih mencari makna..

.

Saudaraku…

Telah benar janji Tuhanmu..

Kian hampir pertolongan ditunggu..

Hanya mencari sebab terbuku..

Darah mengalir darah musuhmu..

.

Saudaraku…

Saudaramu hadir dalam mimpi indah..

Dikau di taman penuh barakah..

Syurga tertinggi sebagai hadiah..

Syahidmu agung namamu disanjung..

.

Saudaraku…

Inci tanahmu medan hatiku..

Inci jiwamu semangat azamku..

Kau Rantisi kekal hidupmu..

Kau Yasin gugat musuhmu..

.

Saudaraku…

Cemburu hatiku pada dirimu..

Palestin kau junjung dengan darahmu..

Al- Aqsa kau julang dengan nyawamu..

Aku cuma pemerhati tegar..

Darah Nyawamu mengalir kekal..

.

Saudaraku…

Tadahan tanganku ku harap sampai..

Tangan atasku ku harap kekal..

Tangan azamku ku harap capai..

Di Tangan Tuhan kita beriringan…

.

.

::hakim::

::satu lima puluh pagi, 12 Januari ’09, zahir, Makkah Al- Mukarramah::

Read Full Post »

Hanya Aku yg Mengerti

bait- bait indah mengukir hari…

mutiara suci tatahan peribadi…

keasyikkan…

kerinduan…

adakah sirna?

hanya aku yang mengerti…

Di kala kabus menyelimuti…

panahan takdir mengorak pasti…

aku yang sendiri…

bagaikan pungguk rindukan mentari…

membatu di dahan seni…

hanya kurnian ciptaan Ilahi…

hanya aku yang mengerti…

tadahan jari jemari kerdil…

tersirat seribu keyakinan…

di celahan kebobrokan dan kezaliman…

Dia tahu rintihan sudut hati…

pasti mengerti tulisan lisan…

gugur bersamanya manik- manik kaca…

yg sering kuharapkan bertukar permata…

hanya aku yang mengerti…

lagu merdu gemersik alunan…

berterbangan.. lagu pergi…

betapa kekesalan…

tidak bernaung di bawah- Nya…

kerna retorika memimpin fana…

bersaing bersamanya seribu tipu daya…

hanya aku yang mengerti…

satu persatu susunan kehidupan…

kadangkala gah dek percaturan…

hanyut dibuai kedegilan akal…

sekadar membutuhkan satu kesilapan…

bagai kau tatap suratan semalam…

atau kau bermuka dengan wajah esok…

hanya aku yang mengerti…

sekiranya benar engkau memahami…

terserlah…

di jiwamu ada sekelumit cinta…

di dadamu berombak sejuta kerinduan…

kerana setiap insan…

diwujudkan kepada insan…

di bawah lembayung jua bayangan…

agung menyelimuti warna perjalanan…

agar bersemadi di negeri impian…

hanya aku yang mengerti…

oh Tuhan…

daku mengharapkan satu pandangan…

ihsan…

belaian…

daku memohon Engkau mencampakkan…

islam…

iman…

amal…

menerangi dengannya satu perjuangan…

tetap padanya dengan bantuan…

dijauhkan daripada pandangan kemarahan…

hanya aku yang mengerti…

hanya aku yang mengerti…

::hakim, jeddah, lima lima puluh dua minit pagi, jumaat,

lapan belas Ramadhan, empat belas dua puluh enam Hijrah::

Read Full Post »