Feeds:
Posts
Comments

BUKU

dpn

Amacam..? Ada sesiapa berani bit harga dia.. hehee…

Buku ini baru sahaja diterbitkan oleh JIM MEDIA.

Penulis buku : Maznah Daud

Abd AlRahman AlHakim (pembantu)

Muka Surat : Dalam 30 lebih je. Sekali baca boleh habis.

Sipnosis : Al- Fatihah. Surah yang pendek ini dibaca oleh setiap Muslim sekurang- kurangnya 17 kali sehari semalam. Apatah lagi sekiranya ditambah dengan solat sunat yang dilakukan. Setiap solat yang dilakukan juga tidak sah tanpa membaca surah ini. Berdasarkan Hadis yang bermaksud :

((Tiada solat bagi mereka yang tidak membaca surah Al- Fatihah))

Dalam surah ini juga terkandung dasar- dasar aqidah dan dasar- dasar kefahaman islam, juga dasar- dasar perasaan (terhadap Allah) serta tawajjuh kepada- Nya.

Buku ini juga membongkar beberapa fakta menarik dan menakjubkan mengenai surah Al- Fatihah. Berdasarkan fakta yang dibentang, mungkin dapat menjawab sebahagian daripada rahsia surah ini dinamakan tujuh ayat yang dibaca berulang- ulang dan mengapa ia dipilih untuk diulang- ulangkan bacaannya dalam setiap rakaat solat.

Harga : RM 10 sahaja (saper tak beli, tak ‘true’)

Tapi.. kat saudi takde stok lagi.

Contact : nurirsyad47@yahoo.com

Advertisements

lebih…

lebih membaca blog orang lain…

lebih menerima dari memberi…

lebih membuang dari memanfaatkan…

lebih dosa dari pahala…

lebih sedih dari gembira…

lebih mengurangkan dari menambahkan…

lebih malas dari rajin…

lebih terbalik dari sempurna…

lebih salah dari betul…

semuanya lebih??!

02062009“baba… pandai tak saya susun?” -aqeel-

ada jugak..

BOOS?

BOOS?

Haha.. perfume yang dipakai sekarang…

Amacam..? Ada sesiapa berani teka harga dia..?

Al-Fateh

Salam Sejahtera kepada semua.

Disebabkan  ust Khairul Arifin masih belum mempunyai blog sendiri. Maka saya secara sukarela membantu beliau meng’upload’kan gambar anak sulong beliau yang di beri nama Muhammad Al-Fateh bin Khairul Ariffin bin Mat Jais.

Maka Terimalaaaaaahhhhh…. (hehee… pinjam trademark abg ghaz..)

Muhammad Al-Fateh bin Khairul Ariffin bin Mat Jais

Muhammad Al-Fateh bin Khairul Ariffin bin Mat Jais

Amacam..? Ada muka bapak dia tak..?

aqel cium fateh

aqel cium fateh

Amacam..? Ada perangai bapak dia tak suka budak2..? fateh pasrah kene cium.

bakal seorang abg yg penyayang

bakal seorang abg yg penyayang

Semoga mereka membesar menjadi penyejuk mata kedua ibu bapa.

Menjadi penjulang panji Islam penegak kebenaran.

Menjadi khalifah memakmurkan bumi Allah.

Menjadi manusia berguna pada Agama, bangsa dan negara.

Amin.

tadabbur…

Sedang saya membaca Al- Quran. Saya terhenti pada ayat ini.

.

“قَالَ رَبِّ اغۡفِرۡ لِىۡ وَهَبۡ لِىۡ مُلۡكًا لَّا يَنۡۢبَغِىۡ لِاَحَدٍ مِّنۡۢ بَعۡدِىۡ”

bermaksud : (Nabi Sulaiman berkata : Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosa dan kesilapanku serta kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya) dan yang tidak akan ada pada sesiapa pun selepas daripada ku.)

[Sod : 35]

Wah..!! Saya terpana.

Seorang Nabi. Nabi Sulaiman. Dia meminta supaya Allah mengampunkan dosanya terlebih dahulu. Barulah dia meminta kerajaan yang agung lagi masyhur.

Bukankah bersih dari dosa itu antara sebab utama doa dan hajat dimakbulkan?!

Bukankah dosa yang terpalat di hati itu sebab kepada tertolaknya doa- doa kita?!

Oh Mu’min… Selayaknya dikau meminta supaya dosa- dosamu diampunkan. Dilenyapkan titik- titik hitam dalam hatimu. Dihapuskan debu noda dalam sejarah hidupmu.

Kemudian. Pintalah pada Tuhanmu. Nescaya dia mendengar dan menganugerahkannya kepadamu.

Taubat dulu. Barulah Hajat.

Ya Allah… Bantulah kami.


Terkini

FC BARCELONA menang dengan MANCHESTER UNITED : 2 – 0

Aku injured. Main bola. Bahagian lutut.

*pasukan yang di’bold‘kan adakah pasukan pilihan.

sekian terima kasih.

Mey… camner nak gi haram sendiri naik teksi? Nak cakap apa ek..?”

Aku selaku budak baru bertanya kepada senior. Benar. Aku baru sehari berada di bumi Makkah. Masih mentah. Orang cakap arab aku tak paham. Kalau aku cakap arab, lagi orang tak paham.

Cakap : Haram! Riyalaeen..” Mey menjawab. Mudah. Ringkas. Padat.

Apa?” Aku kebingungan.

Cakap : Haram.. maksudnyer, kita nak ke haram…”

Riyalaeen maksudnyer dua riyal jer..” Mey memperincikan perbualan.

Aku menangkap dua butir kalimah itu dan terus aku simpan dalam memoriku.

Ini kali pertama aku akan ke Haram secara solo. Semalam Mey merempit bawak aku ke Haram . Hari ni aku nak berdikari. Aku nak belajar cakap arab. Aku nak terror macam senior- senior cakap arab. Aku berazam nak fasih giler cakap arab.

Sampai mimpi pun aku nak cakap arab…

Aku bersiap. Pakai jubah yang aku bawak dari malaysia. Kain jubah tu aku dapat masa menang Pertandingan Hafazan Peringkat Daerah. Mama terus hantar kedai buat jubah. Sampai sekarang masih ada lagi jubah tu. Cuma dah kecik.

Eh kejap.. Nanti nak balik dah tau ke nak cakap apa?” Mey prihatin.

Yer tak ye jugak. Buatnyer tak jumpa jalan pulang. Duduk Haram selama- lamanya la… Aku tak terfikir langsung.

Pegi dekat belah Ajyad. Cari teksi. Cakap : Aziziyah Syamaliyah…”

Pastu.. bila enta dah nampak universiti.. enta suruh la dia berenti… enta tau kan…?”

Mey mengajaar. Tekun. Penuh prihatin. Ada riak bimbang di wajah Mey.

Aku senyum. Semua butiran perkataan aku hafaz elok. Aku masih belum memiliki henset di sini. Memang kalau aku sesat. Aku akan menyusahkan banyak pihak.

Aku berjalan ke jalan utama. Hatiku berdebar- debar.

Haram riyalaeen. Haram riyalaeen. Haram riyalaeen. Aku berzikir.

tingkap teksi tersenyum kepadaku

tingkap teksi tersenyum kepadaku

Haram riyalaeen?” Sepontan aku bertanya kepada satu kereta yang berenti di hadapanku.

Khamsa riyal… Atla‘..” (lima riyal… naik!)

Aku ketakutan. Tapi aku faham dia nak lima riyal. Aku naik jugak. Aku takut. Percakapannya agak kasar.

Aku duduk senyap. Kedua belah tanganku betul- betul atas peha kiri dan kananku. Lututku rapat.

Aku bukan naik teksi. Aku naik prebet sapu. Aku semakin gelisah.

Pemandu itu berhenti sekali lagi. Mengambil seorang lagi penumpang. Riyalaeen jer…

CehCilakak… Aku dia amik lima riyal. Yang sorang lagi dia amik dua riyal jer… mentang2 aku budak baru. Aku simpan dalam hati. Rasa nak nangis pun ada. Tapi apakan daya. Aku nak melawan macam mana. Cakap arab baru tau sepatah dua.

Kemuncaknya. Dia bersuara :

Arbith Hizam..!” (pakai talipinggang…!)

Aku kebingungan. Aku tak faham.

Muhammad..!! Arbith hizam!!..” (Muhammad : pakai tali pinggang!!)

[Tips : Di sini… Nama Muhammad sering digunakan utk memanggil seseorang yang tidak dikenali.]

Aku senyap. Aku mengangkat bahu. Kedua belah tanganku turut ku angkat.

Dia kemudian bercakap- cakap dengan orang belakang dengan bahasa yang aku tidak faham. Tapi jelas dia mengutuk aku.

Hatiku sayu. Aku benar- benar sedih. Respectla sikit orang baru kat sini. Nanti aku dah terror cakap arab, korang bagitau la apa korang nak. Aku menahan sebak.

Dia terus menjelingku dengan pandangan tidak puas hati. Aku buat bodoh. Geram. Tension.

Tidak cukup dengan itu. Aku tidak dihantar ke kawasan Ajyad. Aku dihantar di Ghazzah. Kedua- dua kawasan itu agak bertentangan.

Bila aku tanya adakah ini belah Ajyad. Dia mengangguk. Aku percaya.

Kemudian aku tanya namanya. Dia jawab namanya Habib dan beredar.

Aku sampai jua di Haram dengan bayaran lima riyal dan bayaran tips kene marah suruh pakai talipinggang dan bayaran tambahan ditipu dihantar ke tempat lain.

Alhamdulillah.